DIALEK MELAYU SARAWAK DAN BAHASA MELAYU BAKU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Nabillah Bolhassan

Abstract


Kajian ini berkaitan dengan perbandingan dialek Melayu Sarawak dengan bahasa Melayu baku. Pengkaji memfokuskan kajian ini di Sibu, satu daerah yang pesat membangun di Sarawak kerana dialek Melayu Sarawak di sana bukanlah satu yang dominan kerana majoriti masyarakatnya berbangsa Cina. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan perbandingan dari sudut kata kerja dengan menggunakan teori semantik leksikal. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan kata kerja antara dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku serta menghuraikan perbezaan kata kerja dialek Melayu Sarawak dengan bahasa Melayu Baku. Pengkaji menggunakan kaedah menemu bual, iaitu menemu bual beberapa orang penjawat awam yang bekerja di sekitar Sibu yang bukan berasal dari Sarawak bagi mengetahui kata kerja yang sering mengelirukan mereka. Dapatan kajian mendapati 11 perkataan kata kerja dalam dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku dipercayai boleh mendatangkan kekaburan makna kepada bukan penutur asli dialek Melayu Sarawak, namun menetap di Sibu. Melalui kajian ini, pengkaji akan dapat membantu penjawat awam yang bukan berasal dari Sarawak untuk menguasai dialek Melayu Sarawak dengan lebih mendalam. Dengan menguasai dialek Melayu Sarawak dengan lebih mendalam, individu yang bukan berasal dari Sarawak sudah pastinya dapat menjalinkan hubungan yang mesra dengan masyarakat di sana tanpa rasa prejudis.

Keywords


Dialek Melayu Sarawak, bahasa Melayu baku, kata kerja

Full Text:

PDF

References


Abdul Hamid Mahmood. (1993). Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2005). Kamus Seerti Bahasa Melayu. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2005). Tesaurus Bahasa Melayu. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. (1977). The Phonological Diversity of The Malay Dialects. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1993). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2004). Languages of Sarawak: In The encyclopedia of Malaysia. Kuala Lumpur: Archipelago Press. Volume 9. 34-35.

Buck, W.S.B. (1933). Vocabulary of Sarawak Malay. Sarawak Musuem Journal. Volume 4(13). 187-192.

Chamber J.K,& Trudgill P,. (1989). Dialektologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, James T. (1987). Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, James T. (1993). Penyelidikan dialek Melayu di Malaysia: Isu Perspektif. Jurnal Dewaan Bahasa. Jilid 37. Bil. 7. 580-602.

Farid M. Onn dan Ajid Che Akob. (1993). Persepsi Murid dan Guru Terhadap Pengaruh Bahasa Daerah dalam Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu. Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan. 61-80.

Francis W.N. (1983). Dialectology An Introduction. Singapura: Huntsment Ofset Printing Ltd. Ptd.

Indirawati Zainal. (2013). Semantik Leksikal: Penjenisan dan Hubungan Makna. Dewan Bahasa. Bilangan 3(8). 29-35.

Mansoer Pateda. (2010). Semantik Leksikal. Jakarta: Rineka Cipta.

Mario A.Pei,. & Gaynor F,. (1960). A Dictionary of Linguistics. London: Peter Owen.

Meriem, S.B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education.Thousand Oaks Califf: Sage Publication.

Mohd. Ali Salim. (2015). Dialek Melayu Sarawak Perkataan, Ayat, dan Perbualan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Monaliza Sarbini-Zin, et al. (2012). ‘Lang’ Kah ‘Pintu’? Perubahan Leksikal Masyarakat Melayu Sarawak Dewasa Ini. Issues in Language Studies. Volume 1 (2).

Mukhtar, Khalil. (2006). Semantik. Pekan Baru: Cendikia Insani.

Nik Safiah Karim. (1993). Dialek Sosial dan Tatatingkat Bahasa di Malaysia. Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan. 27-4.

Nik Safiah Karim. (2011). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Palmer F.R. (1989). Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Parera, J.D. (2004). Teori Semantik (Edisi Kedua). Jakarta: Erlangga.

Ramli Md. Salleh. (1997). Kamus Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saedd, John.I (2000). Semantics. Oxford: Blackwell.

Siti Hawa Haji Salleh. (1993). Unsur-unsur Dialek dalam Naskhah Melayu Lama. Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan. 104-119.

S.Nathesan. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teuku Iskadar. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Robiah Meor et.al. (2013). Kekeliruan Makna Kata Sifat dalam Kalangan Remaja Sarawak: Satu Tinjauan Awal. Issues in Language Studies. Volume 2(2). 111-116.

Zainal Abidin Masleh. (2011). Kajian Etnolinguistik terhadap Kelestarian Bahasa Bhuket dan Bahasa Lahanan di Daerah Belaga, Sarawak. Serdang: Tesis PHD

Zainal Abidin Merjan. (1992). Daftar Kata Bahasa Malaysia-Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Kling. (1976). Life, Cycle and The Socialisation of Values Among Rural Malay in Sarawak. Sarawak Museum Journal. Volume 24(45). 1-33.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.