HUBUNGAN KOMITMEN ORGANISASI DAN MOTIVASI DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
Abstract
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan komitmen organisasi dan motivasi terhadap kepuasan kerja dalam kalangan staf pentadbiran di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT). Selain itu tujuan kajian ini juga dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dalam kalangan staf pentadbiran di KKMT. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan satu set borang soal selidik. Seramai 20 orang telah diambil sebagai sampel kajian. Bahagian A soal selidik mengandungi soalan demografi sampel bagi melihat latar belakang sampel. Bahagian B pula mengandungi instrumen Model of Organizational Measurement bagi mengukur komitmen organisasi. Bahagian C pula mengandungi instrumen Motivation of Work bagi mengukur motivasi kerja. Bahagian D pula mengandungi instrumen Measuring Managerial Satisfaction (MJSQ) bagi mengukur tentang kepuasan kerja. Dapatan kajian menunjukkan tidak ada hubungan antara komitmen organisasi terhadap kepuasan kerja, manakala terdapat hubungan antara motivasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan staf di Kolej Komuniti Masjid Tanah.
Keywords
Kepuasan Kerja, Komitmen Organisasi, Motivasi
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.