PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN HUBUNGAN TINGKAH LAKU YANG DIRANCANG TERHADAP PEMILIHAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Mohd Sufiean Hassan, Noor Jeffri Abdul Wahab, Norli Yusuf, Siti Nurshahidah Sah Allam, Maizura Manshor, Abdul Rauf Hj. Ridzuan

Abstract


Peningkatan pemilihan pelajar masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan ramai golongan berpendidikan tinggi menjelang 2020. Oleh itu, wujud strategi pemasaran ke IPT bagi meningkatkan pemilihan pelajar ke IPT melalui penggunaan media sosial, di mana medium ini menawarkan ciri-ciri interaktif dan multimedia untuk mendekati audien sasaran. Justeru itu, kajian ini mengkaji kesan media sosial terhadap pemilihan ke IPT dari perspektif Teori Tingkahlaku Dirancang (TTD) melalui survei ke atas 407 pelajar IPT. Hasil kajian mendapati wujud hubungan signifikan antara konstruk TTD seperti niat tingkah laku, norma subjektif dan faktor kawalan tingkah laku dengan pemilihan ke IPT, namun dengan kekuatan sederhana. Kajian ini menyumbang kepada idea baharu faktor pemilihan ke IPT. Selain faktor ekonomi keluarga dan perolehan maklumat dari media sosial, sokongan sosial daripada netizen juga memberi impak kepada tindakan pemilihan ke IPT.

Keywords


media sosial, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), faktor pemilihan ke IPT

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.