ANALISIS LINGUISTIK FORENSIK DALAM AKTIVITI ‘LOVE SCAM’. (FORENSIC LINGUISTIC ANALYSIS IN LOVE SCAM ACTIVITY.)
Abstract
Gejala ‘Love Scam’ semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Zulkufli Ismail dan Azmi Aziz (2019) menjelaskan bahawa ancaman jenayah cinta siber merupakan masalah pandemik dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia. Fenomena ini berlaku kerana kepesatan teknologi tanpa sempadan yang membolehkan perhubungan secara atas talian tanpa sempadan merentasi dunia. Oleh itu, kajian dijalankan bertujuan mengenal pasti ujaran penjenayah siber dalam aktiviti Love Scam yang berlaku di Malaysia. Kemudian, membincangkan tujuan ujaran dari aspek psikolinguistik penjenayah siber dalam aktiviti Love Scam. Seterusnya, mencadangkan langkah bagi mengelakkan daripada penipuan Love Scam di laman sosial. Selain itu, kajian ini mengaplikasikan Teori Relavens untuk membincangkan ujaran berbentuk jenayah daripada data kajian. Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah temubual dengan individu yang pernah dihubungi oleh penjenayah siber untuk tujuan Love Scam. Oleh yang demikian, subjek kajian memberikan sebanyak lima hasil ujaran daripada penjenayah siber Love Scam sebagai data kajian ini. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa penjenayah siber Love Scam cenderung menggunakan pangkal ucapan memberi salam dan mengucapkan ‘Hai’ kepada perempuan yang dikenal pasti adalah rakyat Malaysia. Malah, penjenayah siber Love Scam tidak dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan cenderung menggunakan penterjemahan elektronik untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Selanjutnya, tujuan utama penjenayah siber Love Scam menjalankan aktiviti ini untuk mendapatkan kepercayaan melalui percintaan. Hal ini demikian kerana, kepercayaan penting bagi mendapatkan wang yang perlu dipindahkan ke akaun bank palsu. Adalah diharapnkan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada kaum wanita di Malaysia untuk lebih berhati-hati dengan sapaan daripada seseorang yang tidak dikenali. Malah, kajian ini dapat memberikan ruang bagi melaksanakan kajian akan datang untuk mengelakkan jenayah siber melibatkan Love Scam di seluruh dunia dapat dibanteras.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Amirah Ahmad dan Nor Hashimah Jalaluddin. (2013). Implikatur dalam Kes “Pembunuhan Noritta”:
Analisis Teori Relevans. Jurnal Melayu. 20-38.
Casim, Dinda Mega Suci P. Pratomo dan Leti Sundawati. (2019). Kajian Linguistik Forensik Ujaran Bau
Ikan Asin oleh Galih Ginanjar terhadap Fairuz A. Rafiq. Jurnal Metabahasa. Vol.2(1), 22-28.
Fatin Adha Murad, Mohammad Rahim Kamaluddin, Wan Shahrazad Wan Sulaiman dan Rozainee
Khairudin. (2019). Psikologi Kemangsaan Jenayah Penipuan Komersil: Tinjauan Literatur. Jurnal Psikologi Keselamatan. Vol.1, 60-86.
Frans Asisi Datang. (2020). Perspektif Historis dalam Linguistik Forensik. International Journal of Forensic Linguistics). Vol. 1 (1), 10–16.
Izan Mohd Yusoff, Wan Haslinawati Wan Hassan dan Fatin Haminah Rosli. (2020). Psikolinguistik
dalam Proses Pembelajaran Bahasa serta Kaitannya dengan Pendidikan Bahasa Arab. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020) – Dalam Talian 24 & 25 November 2020. 255-266.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif. Kursus
Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka pada 28-29 Mac 2012. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.
Kity Karenisa. (2019). Penghinaan terhadap Simbol dan Pejabat Negara dalam Kajian Linguistik
Forensik. Telaga Bahasa. Vol.7(1), 55-72.
Khadijah Alavi, Maizatul Haizan Mahbob dan Mohammad Syahrul Azha Sooed. (2020). Strategi
Komunikasi Penjenayah Cinta Siber Terhadap Wanita Profesional.Jurnal Komunikasi. Vol.36(3),296-311.
Khadijah Alavi, Mohammad Syahrul Azha Sooed dan Al-Azmi Bakar. (2018). Love Scam di Selangor:
Satu Penerokaan Terhadap Modus Operandi Jenayah Siber Ke Atas Wanita Profesional. Jurnal Pembangunan Sosial. Vol.21,105-122.
Khairul Azhar Meerangani, Muhammad Asyraf Ahmad Termimi, Ahmad Faqih Ibrahim dan Muhammad
Hilmi Mat Johar. (2019). Elemen Al-Hirz dan Kedudukannya dalam Jenayah Siber Masa Kini. Journal of Contemporary Islamic Studies. Vol.5(1), 55-79.
Mary Fatimah Subet. (2018). Analisis Teori Relevans dalam Metafora. Jurnal Melayu. Vol.18(1), 159-
Muhammad Adnan Pitchan dan Siti Zobidah Omar. (2019). Dasar Keselamatan Siber Malaysia: Tinjauan
Terhadap Kesedaran Netizen dan Undang-Undang. Jurnal Komunikasi. Vol.35(1), 109-119.
Muhamad Asyraf Ahmad Termimi, Muhammad Ikhlas Rosele, Khairul Azhar Meerangani, Syamsul
Azizul Marinsah dan Mohd Anuar Ramli. (2013). Jenayah Siber: Pengelasan di Antara Al-Jaraim dan Al-Jina’i Menurut Sistem Perundangan Islam. International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society ISLAC 2013. 539-551.
Norazlina Zainal Abidin, Mohammad Rahim Kamaluddin, Azianura Hani Shaari, Norazura Din dan
Saravanan Ramasamy. (2018). Pengetahuan dan Amalan Perlindungan Pengguna Facebook Wanita Terhadap Penipuan Cinta di Malaysia. Jurnal Komunikasi. Vol.34(4), 113-133.
Norhayati Mat Ghani. (2020). Media Sosial dan Jenayah Siber dalam Kalangan Wanita Muda Melayu di
Pulau Pinang. Tesis Doktor Falsafah: Universiti Sains Malaysia.
Norita Purba. (2018). The Role of Psycholinguistics in Language Learning and Teaching. Tell Journal.
Vol.6(1), 47-54.
Nor Hashimah Jalaluddin dan Norsimah Mat Awal. (2006). Citra Lelaki Dulu dan Kini dalam Prosa
Melayu: Analisis Teori Relevans. Jurnal e-Bangi. Vol.1(1), 1-26.
Norulwidad Zakaria, Abdul Rasid Jamian dan Ariff Mohamad.(2023). Analisis Teori Relevans:
Perwatakan, Nilai dan Pengajaran dalam Novel Jalan Ke Puncak Karya Juri Durabi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Vol.8(4), 1-13.
Nur Sarida Mohd Fuad @ Mohd Daud dan Ahmad Rizal Mohd Yusof. (2022). Memahami Jenayah Siber
dan Keselamatan Siber di Malaysia: Suatu Pemerhatian Terhadap Pandangan Sarjana dan Intelektual. Asian Journal of Environment, History and Heritage. Vol. 6(1), 11-26.
Revi Marta. (2015). Penggunaan Facebook sebagai Media Komunikasi Pemasaran Kain Tenun Songket
Silungkang. Jurnal Masyarakat Telematika dan Informasi. Vol. 6(2), 147 – 160
Rujiah Muhin dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2021). Peranan Teori Psikolinguistik dalam
Pendidikan Bahasa Arab. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE). Vol.1(3), 107-116.
Susanto dan Deri Sis Nanda. (2020). Dimensi Analisis Bahasa dalam Linguistik Forensik. International
Journal of Forensic Linguistics). Vol. 1 (1), 17–22.
Zulkufli Ismail dan Azmi Aziz. (2019). Jenayah Cinta Siber di Malaysia: Suatu Penelitian Terhadap
Pengalaman Mangsa. Journal of Social Science and Humanities. Vol.16(4),1-10.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.