TRANSFORMASI KESEDARAN MAJIKAN: INTEGRASI PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) DALAM TENAGA KERJA DI MALAYSIA.

Hazlin Falina Rosli, Amirah Atiqah Rizal

Abstract


Pekerjaan merupakan elemen penting dalam kehidupan seseorang untuk mendapatkan pendapatan dan menampung kehidupan. Namun, bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mendapatkan peluang pekerjaan merupakan tantangan besar disebabkan oleh stigma dan persepsi negatif daripada majikan. Walaupun terdapat inisiatif kerajaan seperti kuota 1% pekerjaan untuk OKU di sektor awam, peluang pekerjaan di sektor swasta masih terhad. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kesedaran majikan terhadap pengambilan pekerja dalam kalangan OKU di Malaysia. Tumpuan diberikan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan majikan dalam pengambilan pekerja OKU. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik kepada 130 responden yang terdiri daripada majikan yang terlibat dalam pengambilan pekerja OKU. Ini berdasarkan kepada subscriber telegram yang menghimpunkan golongan majikan di seluruh Malaysia. Hasil edaran itu didapati bahawa seramai 98 orang majikan telah memberikan maklum balas terhadap borang soal selidik yang telah diedarkan oleh pengkaji melalui google form. Hasil dapatan mendapati bahawa kesedaran golongan majikan dalam isu pengambilan pekerja OKU adalah sederhana dan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh majikan dalam proses pengambilan pekerja OKU. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan majikan terhadap pekerja OKU.


Keywords


Kesedaran majikan, Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU), Peluang pekerjaan, Persepsi majikan, Integrasi OKU

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.