Transformasi Kesedaran Majikan: Integrasi Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) dalam Tenaga Kerja di Malaysia.

Hazlin Falina Rosli, Amirah Atiqah Rizal

Abstract


Pekerjaan merupakan elemen penting dalam kehidupan seseorang untuk mendapatkan pendapatan dan menampung kehidupan. Namun, bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mendapatkan peluang pekerjaan merupakan tantangan besar disebabkan oleh stigma dan persepsi negatif daripada majikan. Walaupun terdapat inisiatif kerajaan seperti kuota 1% pekerjaan untuk OKU di sektor awam, peluang pekerjaan di sektor swasta masih terhad. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kesedaran majikan terhadap pengambilan pekerja dalam kalangan OKU di Malaysia. Tumpuan diberikan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan majikan dalam pengambilan pekerja OKU. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik kepada 130 responden yang terdiri daripada majikan yang terlibat dalam pengambilan pekerja OKU. Ini berdasarkan kepada subscriber telegram yang menghimpunkan golongan majikan di seluruh Malaysia. Hasil edaran itu didapati bahawa seramai 98 orang majikan telah memberikan maklum balas terhadap borang soal selidik yang telah diedarkan oleh pengkaji melalui google form. Hasil dapatan mendapati bahawa kesedaran golongan majikan dalam isu pengambilan pekerja OKU adalah sederhana dan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh majikan dalam proses pengambilan pekerja OKU. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan majikan terhadap pekerja OKU.


Keywords


Kesedaran majikan, Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU), Peluang pekerjaan, Persepsi majikan, Integrasi OKU

References


Akta OKU 2008.

Ahmad, M., et al. (2022). Study on Challenges Faced by Employers in Hiring PWD in Malaysia. Journal of Employment and Disability, 15(2), 123-137.

Ahmad, M., Zainal, N., & Yusof, S. (2020). Employer's Awareness and Attitude Towards Employing Persons with Disabilities. Journal of Human Resource Management, 8(2), 45-58.

Ali, N., et al. (2019). Psychosocial Support for PWD Employees. International Journal of Occupational Health, 10(4), 245-259.

Fernandez, R., et al. (2021). Institutional Support and Policies for Hiring PWD. Journal of Human Resource Management, 18(3), 67-82.

Gomez, L., et al. (2020). Diversity and Inclusion in the Workforce. Global Business Review, 23(1), 45-59.

Hazlin Falina, R., Safura Ahmad Sabri, Norazla Abdul Wahab, & Nurzakira Afnee Zakaria. (2015). Kesedaran golongan majikan terhadap orang kurang upaya (OKU) di Malaysia: Melalui perspektif media. Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah 2015 (2 nd ICoMM).

Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya Malaysia. (2019). Laporan Statistik Tenaga Kerja OKU di Malaysia.

Johnson, P., et al. (2020). Commitment and Retention of PWD Employees. International Journal of Workplace Studies, 22(2), 89-105.

Janson, M., Jansenberger, M., & Philips, R. (2012). Disability stigmatization as a barrier to employment equity for legally-blind Canadians. Disability & Society, 28(7), 970-983.

Kementerian Sumber Manusia. (2022). Insentif Cukai dan Subsidi Gaji untuk Majikan yang Mengambil Pekerja OKU.

Lee, J., et al. (2019). Performance of PWD in IT Sector. Journal of Technology and Employment, 14(3), 78-93.

Lee, W. S., & Chong, T. L. (2021). Impact of Employer Training on the Hiring of Persons with Disabilities. International Journal of Disability Management, 12(1), 23-35.

Norfatin Nadhiah Rosli. (2021). Cabaran OKU untuk mendapatkan Pekerjaan. Kluster Sumber Manusia & Pendidikan, Perspektif, 1–10.

Rahman, H., Aziz, R., & Ibrahim, F. (2024). Organizational Culture and Inclusion of Persons with Disabilities in the Workplace. Journal of Organizational Behavior, 15(1), 60-75.

Rodriguez, S., et al. (2024). Public Awareness Campaigns for Reducing Stigma. Journal of Social Inclusion, 29(1), 110-125.

Smith, D., et al. (2021). Employer Training Programs for PWD. Journal of Employment Studies, 17(4), 99-115.

Smith, J., & Brown, R. (2023). Benefits of Employing Persons with Disabilities: A Case Study Approach. Journal of Business Ethics, 16(3), 102-118.

Susan Edwin, (2012). Faktor-faktor yang mempengaruhi kurangnya pengambilan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) bekerja di sektor swasta.

Tan Liok Ee. (2006). Rumusan eksekutif isu-isu Orang Dewasa Kurang Upaya Intelek.

Wang, L., et al. (2023). Advanced Assistive Technologies for PWD. Journal of Technology and Disability, 20(3), 156-173.

https://www.dagangnews.com. Diakses pada 13 Julai 2024


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.