USAHA MEMBANGUNKAN MODEL HOMESTAY PATUH SYARIAH (MHPS): MENERAJUI PELANCONGAN ISLAMIK DI SABAH

Suhailah Abdul Muin, Mohd Nor Azan Abdullah Abdullah, Norcikeyonn Samuni

Abstract


Sabah, sebagai salah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya, mempunyai potensi besar untuk menjadi destinasi pelancongan utama dalam konteks pelancongan Islamik. Kajian ini menyelidiki pentingnya usaha membangunkan Model Homestay Patuh Syariah (MHPS) di Sabah dalam menggerakkan industri pelancongan Islamik. MHPS membawa bersama elemen-elemen penting yang merangkumi pematuhan syariah, pemeliharaan budaya tempatan, peluang ekonomi, dan kelestarian alam semula jadi. Pematuhan kepada nilai-nilai syariah Islam di dalam pengurusan homestay akan menarik pelancong Muslim yang mencari pengalaman pelancongan yang sejajar dengan prinsip-prinsip agama mereka. Kajian ini menggunakan data kuantitatif dan kualitatif yang diperolehi melalui kaedah pemerhatian langsung, temubual mendalam, sorotan literatur dan edaran soal selidik sebagai senarai semak. Hasil kajian mendapati, penilaian pemarkahan pematuhan elemen patuh syariah dalam perkhidmatan homestay yang dilawati tidak mencapai (100%) iaitu (89.3%). Markah tertinggi dicatatkan adalah sebanyak 25 dari 28 pematuhan elemen patuh syariah yang diteliti. Justeru, melalui penelitian pengaplikasian ciri-ciri perkhidmatan penginapan patuh syariah yang dilihat relevan dan sesuai untuk diangkat menjadi kateristik dalam Model Homestay Patuh Syariah (MHPS) perlu segera dibangunkan sebagai satu panduan dan rujukan kepada para pengusaha homestay sedia ada. Dengan itu, MHPS bukan sahaja membuka peluang pelancongan yang baru tetapi juga memperluaskan sumber pendapatan dalam industri pelancongan. Selain itu, MHPS akan mencipta peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dalam bidang pengurusan homestay, perkhidmatan pelancongan, dan banyak lagi sekaligus bermanfaat membantu mengatasi isu pengangguran dalam kalangan komuniti tempatan. Seterusnya, dengan membangunkan MHPS juga dapat membantu dalam pemeliharaan warisan budaya Sabah agar tradisi tempatan terus hidup sebagai warisan kepada generasi akan datang. Kelestarian alam semula jadi juga menjadi keutamaan dalam pengurusan homestay, memastikan keindahan alam dikekalkan untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Dalam konteks global yang semakin terbuka, pelancong Islam yang berkunjung melalui MHPS dapat memainkan peranan penting dalam mempromosikan pemahaman antara budaya dan agama, mencipta perdamaian, dan menghapuskan stereotaip negatif. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil langkah ini untuk menjana pertumbuhan pelancongan Islamik yang mampan di Sabah.

Keywords


Model Homestay Patuh Syariah, Pelancongan Islamik, Sabah, Pembangunan, Patuh Syariah

Full Text:

PDF

References


Adi, W. & Amos, S. R. (2008). ‘Religious Needs in the Tourism Industry’, Anatolia. An International Journal of Tourism and Hospitality Research. 19(2). 357–361.

Al-Quran dan terjemahan.

Asiah, A. S. & Dziauddin, S. (2017). Penasihat Syariah di Penyedia Perkhidmatan Ar-Rahnu: Tinjauan Semula Terhadap Garis Panduan dan Pelaksanaan. Jurnal Muamalat. 10, 1-17.

Astro Awani. (2023, 02 Jun). Malaysia Destinasi Mesra Muslim Terbaik OIC. Dalam https://www.astroawani.com/videos/video-terkini-x7sio1/malaysia-destinasi-mesra-muslim-terbaik-oic-x8lfs4c

Astro Awani. (2019, 08 Disember). Malaysia Perlu Rebut Peluang Bangun Pelancongan Mesra Muslim. Dalam https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-perlu-rebut-peluang-bangun-pelancongan-mesra-muslim-224769.

Fatin Aziemah, R. (2017). Kepuasan Pengunjung Terhadap Kualiti Perkhidmatan Homestay RH. Patrick Libau Niah, Miri. Program Perguruan Seni. Fakulti Seni Gunaan dan kReatif, Universiti Malaysia Sarawak.

Haliza, A. R. (2018). Potensi dan Cabaran Dalam Memajukan Pelancongan Islam di Malaysia. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Special Issue. 506-518.

Hanirah, M. N. (2007). Persepsi Pelancong Terhadap Aspek Keselamatan (Kajian Kes: Daerah Johor Bahru). Laporan Projek Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Pelancongan). Fakulti Alam Bina. Universiti Teknologi Malaysia.

Lina, M. K. & Hairul, N. I. (2012). Membudayakan Pelancongan Islam di Malaysia: Strategi dan Isu. The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago. Universiti Teknologi MARA (Perak), Malaysia. 11 & 12 December 2012.

Md Hamzaimi, A. M. B., Nasrul, H. N. M., & Mohd Azman, M. (2015). Pengurusan Hotel Halal Mengikut Perspektif Islam dan Masyarakat. Sains Humanika. 5(3). 57-64.

Mohammad Azizol, A. & Mohamad Saifudin, M. S. (2019). Tinjauan Tentang Pengetahuan, Penerimaan Dan Kekangan Pelancong Terhadap Perkhidmatan Hotel Patuh Syariah Di Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo. 7, 1-15.

Muhammad, A. A. & Muhammad Awais Qarni. M. Z. (2023). Cabaran Guru Pendidikan Islam Dalam Menangani Ajaran Yang Menyeleweng Daripada Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Prosiding Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023. 11 Julai 2023. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Munirah, M. & Naimah, G. (2021). Panduan Ringkas Hotel dan Penginapan Patuh Syariah. Edisi Pertama. Politeknik Merlimau, Melaka.

Noradilah, A. H., Mohd Rizal, M., & Nur Shuhada, K. (2022). Aplikasi Pemasaran Digital Dalam Indutri Pelancongan Halal. E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022. Universiti Sains Islam Malaysia.

Noor Fiteri, A. (2014). Konsep Pelancongan Islam: Satu Pengamatan. Seminar Kebangsaan Penyelidikan Dan Pendidikan Islam Politeknik 2014 (SKPI2014). Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN), Behrang, Perak.

Norhidayah, P. & Sa’adan, M. (2019). Cabaran dan Elemen Kearifan Tempatan Dalam Pensijilan Halal Malaysia. Jurnal Fiqh. 16(1), 165-190.

Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. (2nd ed.). Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc.

Sinar Harian. (2023, 01 Jun). Malaysia Destinasi Mesra Muslim Terbaik OIC. Dalam https://www.sinarharian.com.my/article/261373/berita/nasional/malaysia-destinasi-mesra-muslim-terbaik-oic

Siti Fatma, M. & Rosmawati, M. R. (2015). Ciri-Ciri Hotel Patuh Syariah Terhadap Masa Depan Pelancongan Islam Di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur. Prosiding Kolokium Jejak Warisan Ilmu Islam (JEWARIS 2015). Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Suhaida, H. S., Mastura, J. & Suraiyati, R. (2017). Inovasi Produk dalam Program Homestay: Kajian Kes di Homestay Kampung Desa Keda. Social Sciences Postgraduate International Seminar 2017, 165–172.

Suhailah, A. M., Norcikeyonn, S. & Mohd. Nor Azan, A. (2022). Pelaksanaan Homestay Patuh Syariah dalam Aspek Reka Bentuk dan Ruang Persekitaran Kemudahan Penginapan Mesra Muslim di Sabah. Sains Insani. 7(2), 64-73.

Suhailah, A. M., Norcikeyonn, S., Ahmad Tarmizi, A. R., Mohd Nor Azan, A., & Mikdar, R. (2022). Homestay Berasaskan Patuh Syariah Dan Bukan Patuh Syariah: Satu Perbandingan. International Journal of Social Science Research (IJSSR). 4(3). 253-267.

Suhailah, A. M., Norcikeyonn, S., Mohd. Dahlan, A. M., Dzurizah, I., Jalihah, M. S., Mohd Nor Azan, A. & Mardyawati, M. A. (2022). Penelitian Pengaplikasian Ciri-Ciri Keselamatan Kemudahan Penginapan Homestay Patuh Syariah Di Destinasi Pilihan Pelancong Di Sabah Merujuk Perspektif Maqasid Syariah. International Journal of Social Science Research (IJSSR). 4(3). 294-305.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.