PENGETAHUAN, PANDANGAN DAN KESEDIAAN MENGGUNAKAN SULH DALAM KALANGAN ORANG ISLAM DI SELANGOR
Abstract
Kesejahteraan keluarga menjadi agenda dalam Dasar Keluarga Negara. Prinsip 6 menghendaki undang-undang, program dan dasar yang digubal perlulah mesra keluarga. Strategi 2 pula memfokuskan advokasi yang mengutamakan kesejahteraan keluarga. Mahkamah Syariah telah memperkenalkan kaedah penyelesaian pertikaian alternatif (sulh) bagi memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pertikaian keluarga untuk menyelesaikannya secara tidak formal dan konstruktif di luar sistem mahkamah. Namun, sulh bukanlah proses yang mandatori. Oleh itu, ia tidak begitu popular berbanding dengan perbicaraan penuh di mahkamah. Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara umur, pengetahuan, pandangan dan kesediaan menggunakan sulh dalam kalangan orang Islam di Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi, keratan rentas dan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden kajian. Responden terdiri daripada peserta kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara pengetahuan, pandangan dan kesediaan menggunakan sulh sebagai kaedah alternatif dalam menyelesaikan masalah keluarga. Hasil ujian regresi pula menunjukkan pandangan adalah faktor peramal yang paling mempengaruhi kesediaan menggunakan sulh dalam kalangan orang Islam di Selangor. Dapatan ini memberi implikasi bahawa sebarang inisiatif atau program untuk menggalakkan kesediaan menggunakan sulh sebagai kaedah pilihan penyelesaian pertikaian dalam kalangan orang Islam perlu memberi penekanan kepada aspek pembinaan pengetahuan dan pandangan yang positif terhadap sulh.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.