HUKUMAN ALTERNATIF BAGI KESALAHAN PERCUBAAN SUMBANG MAHRAM DI MAHKAMAH SYARIAH
Abstract
Kesalahan sumbang mahram merupakan isu yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Artikel ini membincangkan pelaksanaan hukuman alternatif ke atas kelakuan percubaan persetubuhan mahram bagi menangani kesalahan persetubuhan mahram. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif. Pendekatan kajian kepustakaan telah digunakan bagi menemukan dapatan kajian. Hasil dapatan kajian artikel ini turut disokong dengan temu bual ke atas pengamal undang-undang syariah. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat keperluan untuk melaksanakan hukuman alternatif ke atas pesalah kesalahan percubaan persetubuhan mahram. Artikel ini juga mendapati hukuman alternatif dapat memberikan kesan yang baik bagi mendidik pesalah syariah. Artikel ini akhirnya mencadangkan agar wujudnya peruntukan khusus serta urus tadbir hukuman alternatif. Akhirnya, penulisan ini turut mencadangkan agar pelaksanaan hukuman alternatif ke atas kesalahan percubaan persetubuhan mahram ini dapat dilaksanakan secara komprehensif.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.