KERELEVANAN FAKTA MENURUT UNDANG-UNDANG KETERANGAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Mohd Sabree Nasri, Ruzman Md Noor

Abstract


Bagi memastikan konsep kerelevanan dipatuhi, maka undang-undang keterangan Mahkamah Syariah membenarkan dua bentuk fakta sahaja yang boleh dikemukakan di mahkamah iaitu fakta persoalan dan qarinah. Isu dan permasalahan timbul apabila terdapat pihak-pihak khususnya yang terlibat secara langsung dalam industri perundangan yang keliru berkaitan konsep kerelevanan fakta ini. Hal ini disebabkan dengan penggunaan istilah qarinah dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah yang diterima sebagai sama dengan fakta berkaitan dalam Akta Keterangan 1950. Secara tidak langsung, qarinah di Mahkamah Syariah telah diiktiraf sebagai fakta dan keterangan. Justeru itu, objektif artikel ini adalah untuk meneliti konsep kerelevanan fakta-fakta di Mahkamah Syariah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang. Metode penulisan ini akan menggunakan pendekatan deskriptif serta membuat analisa kandungan dengan meneliti peruntukan undang-undang yang berkaitan, artikel-artikel serta kes-kes yang telah diputuskan di Mahkamah. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa “lakuna” dan kekangan dari aspek pemahaman dan pemakaian terhadap kerelevanan fakta-fakta di Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, antara cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah mengekalkan istilah fakta berkaitan dalam peruntukan undang-undang keterangan Mahkamah Syariah tanpa menggantikannya dengan istilah qarinah seperti pengamalan sekarang.

Keywords


Kerelevanan, Fakta, Qarinah, Undang-undang Keterangan, Mahkamah Syariah.

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.