MENANGANI ISU – ISU SENSITIF BERKAITAN, AGAMA, BANGSA DAN INSTITUSI RAJA (3R) DALAM POLITIK MELALUI PENDEKATAN UNDANG-UNDANG SUATU PENILAIAN SEMULA

Rositah Kambol

Abstract


3R berkisar tentang isu agama, bangsa dan Institusi Raja. Istilah ini dibentuk dengan mengambil huruf awalan daripada perkataan bahasa Inggeris religion, race dan royalty. Perkara yang bersangkut paut dengan agama, bangsa dan Institusi Raja (3R) adalah hal yang sangat dekat dengan rakyat dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini kita dihujani dengan pelbagai isu sensitif berkaitan 3R yang dibawakan oleh beberapa pihak tertentu bagi maksud mencapai tujuan politik mereka. Orang ramai telah menyarankan supaya peruntukan undang-undang sedia ada perlu diteliti bagi menangani isu ini dengan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang menyalahgunakan isu-isu sensitif berkaitan 3R. Tindakan ini perlu bagi memelihara keharmonian perpaduan kaum, hak kebebasan bersuara dan beragama serta menjaga keistimewaan bangsa Melayu dan Institusi Raja sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Beberapa perundangan seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta beberapa statut yang lain telah digubal bagi menangani isu-isu sensitif berkaitan 3R ini. Namun begitu, beberapa insiden telah berlaku kebelakangan ini dengan melihat kepada senario politik negara terutama pada setiap kali menjelang pilihanraya seolah-olah mengambarkan bahawa peruntukan undang-undang sedia ada tidak mencukupi dan kurang berjaya menangani isu 3R dengan baik dan sempurna. Dalam penulisan ini penulis akan mengetengahkan beberapa isu sensitif berkaitan 3R dan menganalisa peruntukan undang-undang yang sedia ada. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis peruntukan dan dokumen-dokumen perundangan yang relevan seperti artikel, jurnal, laporan-laporan kajian lepas dan laporan dari media sosial yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa peruntukan undang-undang sedia ada perlu dikaji semula dan ditambahbaik bagi menangani isu 3R ini. Di akhir kajian, penulis mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan yang sesuai yang boleh diambil bagi menangani isu yang timbul berkaitan 3 R ini.


Keywords


Isu Agama, Bangsa dan Institusi Raja (3R), Politik, Perpaduan Kaum, Kebebasan Bersuara, Kebebasan Beragama, Keistimewaan Melayu, Keistimewaan Raja-raja, Perlembagaan Persekutuan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.