PANDANGAN MUFTI TANPA WARTA DALAM ISU KONSERT KUMPULAN COLDPLAY ADALAH PANDANGAN PERIBADI ATAU FATWA SATU ANALISIS

Nadiah Mohd Zin

Abstract


Baru-baru ini Malaysia telah dilanda kontroversi ekoran kehadiran kumpulan penyanyi Coldplay yang telah menimbulkan kegusaran rakyat Malaysia yang beragama Islam. Hal ini kerana kumpulan ini seringkali mempromosi anasir LGBT pada kebanyakan konsert mereka. Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Abdullah menasihati masyarakat Malaysia terutamanya penganut beragama Islam supaya tidak menyokong konsert tersebut kerana agenda kumpulan ini bertentangan dengan nilai murni dan uruf masyarakat di negara ini terutamnya orang Islam. Kajian ini membincangkan tentang konsep institusi fatwa yang terdapat di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Akta 505 yang digunapakai di Wilayah Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri yang terpilih. Selain itu, kajian ini turut mengkaji peranan serta fungsi institusi fatwa serta melihat sejauhmana fatwa yang telah dikeluarkan dapat digunapakai oleh masyarakat. Metod yang digunakan ialah analisis kandungan yang dikumpul melalui akta, enakmen, fatwa dan kajian kepustakaan selain menganalisa artikel dan jurnal kajian yang sedia ada. Kajian mendapati bahawa pandangan yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan hanyalah sekadar pandangan peribadi semata-mata kerana ia tidak diwartakan seperti yang diperuntukkan dalam Akta, Enakmen atau Ordinan.



Keywords


Fatwa, Pandangan Mufti, Tanpa Warta

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.