PENGURANGAN PEKERJA ASING BERKEMAHIRAN RENDAH MELALUI INSTRUMEN PERUNDANGAN PERCUKAIAN: SEJAUHMANA KEBERKESANANNYA?

Nur Mohd Iqzuan Samsudin

Abstract


Penggunaan undang-undang percukaian sebagai instrumen kawalan proses tolak-tarik migrasi semakin menjadi pilihan terutama dalam era globalisasi dan kebangkitan syarikat multinasional kini. Di Malaysia, masalah lambakan pekerja asing berkemahiran rendah sudah ditahap yang sangat membimbangkan apabila ia mula mengherot ekonomi negara dan memaparkan identiti ekonomi berproduktiviti rendah di mata pelabur-pelabur dalam dan luar negara. Masalah ini cuba dikawal dengan pelbagai usaha termasuklah dengan menggunakan instrumen perundangan percukaian. Namun, sejauhmanakah keberkesanannya? Kertas ini bertujuan untuk menjawab persoalan tersebut melalui pendekatan sosio-perundangan dengan mengambil kira faktor ekonomi dalam pembentukan undang-undang. Kertas ini mendapati bahawa perundangan percukaian sedia-ada telah tidak digunakan secara strategik dan kerajaan masih bersikap toleran dengan kedua-dua pekerja asing berkemahiran rendah serta majikan yang menggaji mereka.

Keywords


Proses imigrasi, pekerja asing berkemahiran rendah, undang-undang percukaian

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.