MENANGANI ISU – ISU SENSITIF BERKAITAN, AGAMA, BANGSA DAN INSTITUSI RAJA (3R) DALAM POLITIK MELALUI PENDEKATAN UNDANG-UNDANG: SUATU PENILAIAN SEMULA

Rositah Kambol

Abstract


3R berkisar tentang isu agama, bangsa dan Institusi Raja. Istilah ini dibentuk dengan mengambil huruf awalan daripada perkataan bahasa Inggeris religion, race dan royalty. Perkara yang bersangkut paut dengan agama, bangsa dan Institusi Raja (3R) adalah hal yang sangat dekat dengan rakyat dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini kita dihujani dengan pelbagai isu sensitif berkaitan 3R yang dibawakan oleh beberapa pihak tertentu bagi maksud mencapai tujuan politik mereka. Orang ramai telah menyarankan supaya peruntukan undang-undang sedia ada perlu diteliti bagi menangani isu ini dengan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang menyalahgunakan isu-isu sensitif berkaitan 3R. Tindakan ini perlu bagi memelihara keharmonian perpaduan kaum, hak kebebasan bersuara dan beragama serta menjaga keistimewaan bangsa Melayu dan Institusi Raja sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Beberapa perundangan seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta beberapa statut yang lain telah digubal bagi menangani isu-isu sensitif berkaitan 3R ini. Namun begitu, beberapa insiden telah berlaku kebelakangan ini dengan melihat kepada senario politik negara terutama pada setiap kali menjelang pilihanraya seolah-olah mengambarkan bahawa peruntukan undang-undang sedia ada tidak mencukupi dan kurang berjaya menangani isu 3R dengan baik dan sempurna. Dalam penulisan ini penulis akan mengetengahkan beberapa isu sensitif berkaitan 3R dan menganalisa peruntukan undang-undang yang sedia ada. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis peruntukan dan dokumen-dokumen perundangan yang relevan seperti artikel, jurnal, laporan-laporan kajian lepas dan laporan dari media sosial yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa peruntukan undang-undang sedia ada perlu dikaji semula dan ditambahbaik bagi menangani isu 3R ini. Di akhir kajian, penulis mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan yang sesuai yang boleh diambil bagi menangani isu yang timbul berkaitan 3 R ini.

Keywords


Isu Agama, Bangsa dan Institusi Raja (3R), Politik, Perpaduan Kaum, Kebebasan Bersuara, Kebebasan Beragama, Keistimewaan Melayu, Keistimewaan Raja-raja, Perlembagaan Persekutuan

Full Text:

PDF

References


Amri Marzali. 2021. Isu Ketuanan Melayu Di Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 32(2), 2021: 1-16

Aziz, B. (2008). Perlembagaan Malaysia Asas-Asas Dan Masalah. . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fabli Yusof & Mohd Sufiean Hassan. 2020. “Kes Penghinaan Raja-Raja/Yang Di-Pertuan Agong Di Media Sosial: Tindakan Dan Penguatkuasaan Undang-Undang Dalam Kebebasan Bersuara.” Journal of Law & Governance 3, no. 1 (2020), 138-140

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1125860/kabinet-bincang-akta-baharu tangani-isu-3r

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1146413/tun-m-disiasat-kes-kenyataan berunsur-hina-institusi-diraja-bukit

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1007337/fitnah-ceramah-politik-di-masjid

fahmi-saman-papagomo-ahmad-dusuki-mohd

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/sepanduk-ini-tanah-melayu-wan-saiful-nafi pn-dalang-bahan-kempen-berbaur-perkauman-provokasi/

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1126051/kenyataan-sanusi-berkaitan sultan-selangor-disifatkan-melampau

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1124435/polis-siasat-guan-eng

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). (2022). Jangan Hina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Khutbah Jumaat 2 September 2022

Hashim, H., Ghulam Khan, I. N., A. Shukor, H. & Yusof, N. 2021. Hukuman Bagi Kesalahan Penghinaan Ke Atas Rasulullah Saw Menurut Undang-Undang Jenayah Islam Dan Undang-Undang Di Malaysia. E-Proceedings of The International Conference on Da’wah and Islamic Management (IC-DAIM 2021), Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia. Hlm. 58-72 Mohd Anuar Ramli, Zulkepli, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhd Imran Abd Razak , Mohd Naqib Hamdan, Syamsul Azizul Marinsah. 2018. Isu-Isu Sensitif Dalam Masyarakat Majmuk Di Malaysia Pasca Pilihanraya Umum (Pru14): Aplikasi Pendekatan Kesederhanaan. Penyelidikan Serantau Islam Dan Alam Melayu: Pendidikan, Kewangan, Kehartaan, Kenegaraan Dan Isu Kontemporari. Akademi Pengajian Islam, UM. Kuala Lumpur

Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin _. 2012. Prinsip Hubungan Sosial Bagi Menangani Konflik Dalam Masyarakat Malaysia Berteraskan Islam, Jurnal Peradaban, 5, 49-71

Mohamad Azri, & Mohd Al Adib. (2017). Analisis Matan Undang-undang Syariah Negeri Berkaitan Kesalahan Menghina Agama Islam di Malayisa. Journal of Contemporary Islamic Law, 2(1). http://www.ukm.my/jcil

Muhamad Faisal Ashaari, Siti Nazifatulhayat Yusoff, & Siti Maimunah Kahal. 2015. Topik Serangan Cyberterror Anti Islam Dalam Facebook “Murtads From Malaysia and Singapore.” Al Qanatir International Journal of Islamic Studies, 2(2), 1–12 Muhammad Syaher1, Syamirul Muhaimin1, Aqil Ikhwan1 , Ahmad Izzuddin1, Deeva Haren A/L Pannirselvam. 2022. Sentimen Perkauman dalam kalangan Rakyat Malaysia Semasa Pemilihan Raya Umum. Human Sustainability Procedia Vol. 3No. 1 (2022) 71- 84

Nur Azah Razali1, Asbah Razali2, Mohd Syariefudin Abdullah. 2021. Isu-isu Survival Melayu Pasca Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008). Advances in Humanities and Contemporary Studies. Vol. 2 No. 2(2021) 178-188.

Nur Farhana Abdul Rahman, Nur Syarihah Muhammad Shah. 2020. Persepsi Penganut Muslim dan bukan Muslim terhadap Isu-Isu Sensitif Agama: Kajian di Lembah Klang. International Journal of Islamic Thought, Vol. 18: (Dec.) 2020, 95-109

Raja Nazrin Shah, 2013. Perlembagaan dan Islam: Peranan institusi Raja. Titah DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan. Seminar Institusi Raja. Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Roslizawati Mohd Ramly, Marina Munira Abd Mutalib, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd Razali, Nurhafizah Mohd Shukor, Mohd Rosmizi Abd Rahman, Eizan Azira Mat Sharif, Muhamad Zaki Mustafa, Izzudin Mohd Haris. 2021. Memahami Aspek Penghinaan Terhadap Agama Islam Di Malaysia. The International Conference On And Islamic Management, 2021 (Ic-Daim 2021). Penerbit USIM

Rukun Negara Malaysia. 2008. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan Dan Warisan Malaysia. Kuala Lumpur

Syahira Omar, Wan Amizah Wan Mahmud. 2017. Isu Penghinaan Terhadap Institusi Diraja Malaysia: Analisis Kandungan Akhbar Dalam Talian. Jurnal Wacana Sarjana Jilid (1) Dis 2017: 1: 1

Shamrahayu A Aziz, Demokrasi, Pilihan raya dan Tanggungjawab Warganegara, Berita Harian. April 18, 2018. [Atas talian].

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/04/417961/demokrasi-pilihan raya-dan-tanggungjawab-warganegara (Capaian Oktober 24, 2023) Syed Abdul Rahman, S. M. H., Ramli, M. A. ., Sa’ari, C. Z. ., Norman, A. A. ., Mamat, M. A. & Mohd Azhar, M. H. 2022. Penggunaan Media Sosial Baharu: Isu-Isu dan Panduan Perspektif Islam. Jurnal Usuluddin, 50(1), 69–92. Retrieved from http://ajba.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/37643

Siti Khatijah Yasin & Fadzli Adam. 2017. Sensitiviti Agama dalam Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum di Malaysia. Kertas kerja Proceedings of International Conference of Empowering Islamic Civilization. Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, 7-8 October

Zuliyus, F. R., & Pitchan, M. A. 2020. Faktor Boleh Berlakunya Kes Penghinaan Agama di Indonesia. 4(September), 1–5

Rujukan Statut

Akta Fitnah 1957

Akta Hasutan 1948 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

Akta Kesalahan Kecil 1955

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998

Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017.

Perlembagaan Persekutuan

Rujukan kes

Mohamed Apandi Ali lwn. Lim Kit Siang (2022) 5 MLRH 611


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.