PENULISAN WASIAT SEBAGAI MEKANISME PENYELESAIAN HARTA PUSAKA TERTUNGGAK

Shahrina Romli

Abstract


Di Malaysia, sehingga kini lebih 70 ribu kes pembahagian harta pusaka yang tertunggak telah dilaporkan dengan mencatat negeri Kedah dan negeri Selangor masing-masing mempunyai jumlah tertinggi. Dilaporkan bahawa perbalahan ahli keluarga merupakan salah satu sebab berlakunya harta pusaka tertunggak ini. Penyelesaian harta pusaka ini dibelenggu oleh pelbagai faktor sehingga menyebabkan ianya tidak dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin. Keadaan ini tidak sepatutnya dipandang remeh oleh semua pihak bahkan ia perlu dikaji dan diselesaikan. Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor berlakunya pusaka tertunggak dan turut mencadangkan alternatif penyelesaian bagi permasalahan ini. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Data diperolehi melalui kaedah menganalisis dokumen seperti artikel, jurnal, tesis, buku, majalah, kertas seminar, kertas prosiding, laporan akhbar, dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri bagi mendapatkan maklumat kajian. Hasil kajian mendapati bahawa wujud faktor-faktor dalaman dan luaran terhadap pembahagian harta pusaka tertunggak ini dan terdapat beberapa cadangan mekanisme bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Keywords


Penulisan wasiat, Mekanisme, Harta Pusaka Tertunggak

Full Text:

PDF

References


Abdul Rashid, Rusnadewi & Noor Inayah. 2010. Masalah Kegagalan dan Kelewatan Pengagihan Harta Pusaka di Malaysia. UITM Perlis.

Ahmad Tarmizi Jusoh. 2009. Pewaris Jutawan Kaedah Merancang & Menguruskan Harta Pusaka Islam. Selangor: True Wealth Sdn. Bhd.

Akhbar Selangor Kini. 2022.

Azman Bin Ismail. 2007. Perancangan dan Pengurusan Perwarisan Islam. Kuala Lumpur: Amanah Raya Berhad.

Berita Astro Awani. 2023.

Seh Nilamuddin Bin Hassan. 2011. Langkah-langkah Perancangan Harta Pusaka. Negeri Sembilan.

Siti Rohaizah Zainal. 2022. Sikap Sambil Lewa, Kurang Maklumat Punca Urusan Harta Pusaka Tertunggak. Akhbar Selangor Kini.

Yasmin Hanani. 2023. RM 90 Bilion Harta Faraid Tak di Tuntut. Akhbar Utusan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.