PANDANGAN MUFTI TANPA WARTA DALAM ISU KONSERT KUMPULAN COLDPLAY ADALAH PANDANGAN PERIBADI ATAU FATWA: SATU ANALISIS

Nadiah Mohd Zin

Abstract


Baru-baru ini Malaysia telah dilanda kontroversi ekoran kehadiran kumpulan penyanyi Coldplay yang telah menimbulkan kegusaran rakyat Malaysia yang beragama Islam. Hal ini kerana kumpulan ini seringkali mempromosi anasir LGBT pada kebanyakan konsert mereka. Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Abdullah menasihati masyarakat Malaysia terutamanya penganut beragama Islam supaya tidak menyokong konsert tersebut kerana agenda kumpulan ini bertentangan dengan nilai murni dan uruf masyarakat di negara ini terutamnya orang Islam. Kajian ini membincangkan tentang konsep institusi fatwa yang terdapat di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Akta 505 yang digunapakai di Wilayah Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri yang terpilih. Selain itu, kajian ini turut mengkaji peranan serta fungsi institusi fatwa serta melihat sejauhmana fatwa yang telah dikeluarkan dapat digunapakai oleh masyarakat. Metod yang digunakan ialah analisis kandungan yang dikumpul melalui akta, enakmen, fatwa dan kajian kepustakaan selain menganalisa artikel dan jurnal kajian yang sedia ada. Kajian mendapati bahawa pandangan yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan hanyalah sekadar pandangan peribadi semata-mata kerana ia tidak diwartakan seperti yang diperuntukkan dalam Akta, Enakmen atau Ordinan.

Keywords


Fatwa, Pandangan Mufti, Tanpa Warta

Full Text:

PDF

References


Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga (Naskah Belum Semak) Bil. 75. 2023, Halaman 63. https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-22112023.pdf

Hasnan K..2008. Institusi Fatwa di Malaysia. Bangi : Penerbit UKM.

Jabatan Mufti Perak. 2023. https://mufti.perak.gov.my/mengenai-kami

JAKIM. 2013. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam. Diakses pada 6 Februari 2013 dari http://www.e-fatwa.gov.my/jawatankuasafatwa-majlis-kebangsaan-bagi-hal-ehwal-ugama-islam-malaysiaayat, B. (2002). Analisis Fatwa-fatwa Semasa Syariah di Malaysia. Jurnal Syariah, 10(1), 39–52.

JAKIM. 2023. Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/latar_belakang/penubuhan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. 2019. e- smaf: Fatwa. http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/latar_belakang/penubuhan

Maisarah Sheikh Rahim. 2023. Konsert Coldplay Diteruskan, Mufti Hanya Beri Pandangan, Bukan Fatwa. Dilayari pada 22 November 2023 , https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/konsert-coldplay-diteruskan-mufti-hanya-beri-pandangan-bukan-fatwa/

Marsha Miranda dan Rizky Abrian. 2023. Pengaruh Musik Rock Alternatif Dalam Ekspresi Emosi: Studi Kasus Pada Lagu ‘Disenchanted’ Oleh My Chemical Romance. Vol. 1 No. 5 (2023): Argopuro: Jurnal Multidisiplin Ilmu Bahasa. Https://Doi.Org/10.6734/Argopuro.V1i5.1396

Mohamad Najib. 2022. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-669: Perbezaan Fatwa Warta Dan Fatwa Tidak Warta. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5139-irsyad-al-fatwa-siri-ke-669-perbezaan-fatwa-warta-dan-fatwa-tidak-warta

Mohd Hasrul Shuhairi. 2022. Berilah Respon secara tertib. Metro. Mei 2022. https://www.hmetro.com.my/addin/2022/05/844988/berilah-respon-secara-tertib

Mohd Nazri A. 2004. Penggunaan Maslahah Dalam Fatwa: Kajian Kes Fatwa-Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Disertasi Sarjana Syariah yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.

Muhammad Ikhlas Roselei. 2017. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Di Malaysia: Peranan Dan Relevansi Penubuhannya. Journal of Fatwa Management and Research. VOL. 10: NO. 1 ISSN: 2232-1047 eISSN: 0127-8886.

Muhammad Yusri Muzamir. 2023.Masyarakat dinasihat tidak sokong konsert Coldplay: Mufti. 2023. Dilayari pada 18 November 2023. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1178461/masyarakat-dinasihat-tidak-sokong-konsert-coldplay-mufti

PERKIM. 2023. Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur Berunsur LGBT? Jauhi Perkara Yang Syubhah Dan Melalaikan: https://perkimdk.com/konsert-coldplay-di-kuala-lumpur-berunsur-lgbt-jauhi-perkara-yang-syubhah-dan-melalaikan/

Sheikh Ghazali Abdul Rahman. 2012. Muzakarah Pakar: Garis Panduan dan Piawaian Pengeluaran Fatwa Peringkat Kebangsaan, USIM Dewan Senat : Siri Kedua: Proses Penyediaan Fatwa di Malaysia : Peraturan dan Amalan.2012. Institut Pengurusa dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Ismlam Malaysia (JAKIM).

Zulfaqar Mamat, Mohd Nasran Maohamad dan Hydzulkilfi Hashim Omar. 2013. Pengurusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Dan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri: Satu Analisis Persamaan Dan Perbezaan Fatwa Tahun 2000–2009. IJMS 20 (2), (129-148) (2013)

STATUT Akta 505, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.