SUMBANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU SEKOLAH RENDAH TERHADAP AMALAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI KOTA KINABALU, SABAH

Abdul Said Ambotang, Christina Andin, Norhamimah Minduru

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk meninjau sumbangan atau hubungan pengetahuan dan kemahiran guru sekolah rendah terhadap amalan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) di daerah Kota Kinabalu Sabah. Pentaksiran Bilik Darjah di peringkat sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 2016 dalam era kurikulum yang baharu yakni Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sebelum PBD diperkenalkan dan dilaksanakan di peringkat sekolah rendah, dulunya ia dikenali sebagai pentaksiran sekolah (PS) yang diperkenalkan pada tahun 2011, yang mana ia adalah merupakan salah satu komponen dalam bidang akademik pentaksiran induk iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan data. Data dianalisis menggunakan perisisan SPSS. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam pelaksanaan PBD yang mana skor min untuk pengetahuan guru (min=3.87), kemahiran guru (min=3.79) tetapi sederhana untuk pelaksanaan PBD (min=3.24). Manakala Hasil dapatan korelasi antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan yang lemah dan sederhana untuk aspek pelaksanaan PBD. Ini berkemungkinan terjadi kesan daripada pandemik Covid-19 yang mana pelaksanaannya di sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

 


Keywords


Pengetahuan Guru, Kemahiran Guru, Pentaksiran Bilik Darjah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.