SIKAP PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP PROGRAM TELEVISYEN BUAL BICARA BERBAHASA INGGERIS DI MALAYSIA
Abstract
Televisyen mempunyai pengaruh yang kuat dalam proses pembangunan masyarakat.Kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) tidak dapat dipertikaikan walaupun Bahasa Melayu (BM) menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa global ini digunakan dengan meluas dan perlu dikuasai terutama golongan pelajar yang akan meneroka bidang pendidikan, seterusnya diaplikasi dalam dunia pekerjaan. Namun masih ada lagi segelintir masyarakat yang menolak bahasa Inggeris kerana faktor penguasaannya dan menganggap bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sikap masyarakat terhadap penerimaan program bual bicara berbahasa Inggeris di Malaysia. Kaedah tinjauan digunakan untuk mengumpul data. Seramai 173 orang responden dari pelbagai latar belakang dijadikan responden kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia semakin terbuka untuk menerima program-program televisyen berbahasa Inggeris. Ini berlaku kerana keperluan bahasa Inggeris semakin mendesak serta mencabar mutahir ini. Di harapkan kajian ini mampu memberikan sedikit sebanyak input yang berkesan dalam menjadikan televisyen sebagai medium penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.