TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS KANAK-KANAK 5+ DAN 6+ TAHUN

Ahmad Muaz Muhd Hairi, Nik Nur Syazwani Ibrahim, Aziyati Zahirah Asnil Aimi

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak dan adakah faktor jantina akan mempengaruhi perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak yang berumur dari lima hingga enam tahun. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang mana telah dijalankan di sebuah tadika di Kuala Lumpur serta telah melibatkan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 18 orang perempuan. Berpandukan satu set senarai semak yang telah diubahsuai, pengkaji telah menilai tahap kemahiran menulis responden melalui hasil lembaran kerja yang telah disediakan oleh pengkaji. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak adalah berada pada tahap tinggi dengan nilai min adalah min=4.25, sp=0.49. Manakala bagi faktor jantina pula menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak. Hal ini kerana tidak ada perbezaan yang signifikan pada skor lelaki (min=2.91, s.p=0.28) dan perempuan (min=2.94, s.p=0.23; t=0.28; df=,28 p=0.77 iaitu lebih daripada 0.05). Hal ini memberikan kesimpulan bahawa penilaian awal perlu dijalankan ke atas kanak-kanak supaya tahap kemahiran literasi mereka boleh dikenal pasti sejak awal lagi. Implikasi kajian pula menunjukkan skala yang telah diubahsuai ini dapat digunakan untuk melihat tahap kemahiran menulis kanak-kanak tidak kira bahasa yang digunakan oleh mereka.


Keywords


penguasaan, kemahiran menulis, kanak-kanak

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.