PERSEPSI PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA TERHADAP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN DALAM ERA PANDEMIK COVID-19

Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Hanim, Nur Hafizaliyana Hassan

Abstract


Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi para pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) terhadap pelaksanaan pembelajaran secara atas talian yang dijalankan dalam era pandemik Covid-19. Kajian ini melibatkan 160 orang pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) semester satu. Kajian ini adalah satu kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif dengan menggunakan nilai min. Borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan persepsi pelajar tentang pelaksanaan atas talian telah diadaptasi dari kajian lepas. Terdapat lima aspek yang telah dikaji. Dapatan kajian ini menunjukkan kelima-lima aspek yang dikaji di dalam kajian ini berada pada tahap sederhana iaitu kandungan pembelajaran atas talian (3.13), interaksi atas talian (3.05), maklum balas pensyarah (3.51), strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah (3.36) dan kemudahan mengakses aplikasi pembelajaran atas talian (3.40). Justeru itu, usaha bagi penambahbaikan yang lebih tinggi dan berkesan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembelajaran secara atas talian dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa akan datang. Kesediaan dan komitmen para pensyarah dan para pelajar juga amat penting demi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya untuk kebaikan kedua-dua pihak.


Keywords


Persepsi, Pelaksanaan Pembelajaran Atas Talian, Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.