DINAMIKA PENDIDIKAN ISLAM DI SELATAN THAILAND
Abstract
Bermulanya pendidikan islam pada zaman rasulullah saw. Pendidikan tersebut, turut diwarisi oleh para sahabat baginda dan dikembangkan kemudian oleh para ulama salaf soleh. Pendidikan islam terus berkembang bersama para ulamanya hingga ke peringkat yang paling membanggakan pada zaman kegemilangan islam. Thailand adalah sebuah negara majoriti penduduk beragama buddha yang mengamalkan sistem demokrasi raja berperlembagaan. Kebebasan beragama diberikan kepada seluruh warga negara dan dilindungi berdasarkan konstitusi. Dalam rangka mempertingkatkan kualiti umat islam, para ulama selatan thailand telah menyasarkan pendekatan pendidikan islam yang relevan untuk mereka. Bilakah pendidikan islam di selatan thailand dimulakan, apakah pendekatan yang digunakan dan bagaimanakah reaksi pemerintah kerajaan thailand terhadap dinamika pendekatan pendidikan yang dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, objektif artikel ini adalah untuk mengkaji dinamika kesejarahan pemerkasaan pendidikan islam di selatan thailand. Bagi menjawab persoalan di atas dan mencapaikan objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan melalui data kajian perpustakaan serta pendekatan kualitatif dan kajian sejarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bermulanya pendidikan islam di selatan thailand bersama-sama dengan kedatangan islam pada abad ke-14m. Ia dimulakan secara rasminya di istana sultan pada abad ke-15, diikuti dengan sistem pondok pada abad ke-16. Pada abad awal abad ke-20 selatan thailand mula memperkenalkan sistem madrasah. Pada pertengahan abad ke-20 sebahagian sistem madrasah telah diserap oleh pendidikan akademik kerajaan thailand. Pada penghujung abad ke-20 selatan thailand mempertingkatkan sistem pendidikan islam ke peringkat pengajian tinggi dan berjaya melahirkan para sarjana bidang pengajian islam pada awal abad ke-21.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.