ELEMEN MORFOLOGI DAN PEMBENTUKAN STRUKTUR DALAM AYAT ASAS KATA BANTU RAGAM PERANCIS-MELAYU

Mohd Nor Azan Abdullah, Mohd Yusof Abdullah

Abstract


Kajian ini memfokuskan kepada perbandingan elemen morfologi dan konstruksi struktur kata bantu ragam dalam ayat asas antara bahasa Perancis yang berasal daripada rumpun Indo-Eropah dengan bahasa Melayu yang beribukan rumpun Austronesia. Kedua-dua bahasa daripada induk bahasa yang berlainan ‘mungkin’ memperlihatkan perbezaan dan persamaan struktur asas sintaksis berdasarkan elemen linguistik kata bantu ragam, khususnya dalam pembinaan ayat mudah. Metodologi kajian ialah kajian perpustakaan berdasarkan dokumen tatabahasa bagi kedua-dua bahasa. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya persamaan dan perbezaan konstruksi penggunaan kata bantu ragam tersebut. Contohnya <Il peut chanter [Subjek+kata bantu ragam+kata kerja] > yang membawa maksud <Dia boleh menyanyi [Subjek + kata bantu ragam + kata kerja] >. Dalam contoh tersebut, kedua-dua struktur ayat kata bantu ragam “Pouvoir=Boleh” yang membawa maksud berkeupayaan, mempunyai struktur binaan golongan kata yang sama akan tetapi elemen linguistik yang membentuk sintaksis adalah mengikut sistem morfologi fleksi merujuk kala waktu, gender, jamak atau tunggal serta mempunyai makna gramatikal bagi bahasa Perancis. Bahasa fleksi memiliki morfologi yang sangat unik dan kompleks. Kata bantu ragam < pouvoir > mempunyai tiga elemen radikal iaitu < peu, pou dan peuv > akan mengalami penambahan elemen akhiran mengikut kata ganti nama yang diwakilinya seperti dalam contoh yang diberikan < il [kata ganti nama diri ketiga dan tunggal] peut [‘peu’ kata radikal dan ditambah sufiks ‘t’ merujuk subjek kata ganti nama diri ketiga serta diikuti dengan dengan kata kerja infiniti “chanter” iaitu kata kerja asal yang tidak dikonjugasi mengikut subjek. Elemen morfologi “me” bagi bahasa aglutinasi “menyanyi” yang menyusuli kata bantu ragam, menerbitkan kata kerja derivasi sebagai pelengkap kepada ayat kata bantu ragam. Kata kerja yang terletak di belakang kata bantu ragam bertujuan menerangkan perlakuan pada kata kerja tersebut. “boleh menyanyi” bermakna berkeupayaan untuk menyanyi. Kepentingan kajian ini akan memberikan pengetahuan tatabahasa kata bantu ragam bagi kedua-dua bahasa tersebut.

 


Keywords


Perbandingan, Struktur, Morfologi, Kata Bantu Ragam, Perancis-Melayu.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.