PEMILIHAN BAHAN BACAAN ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM
Abstract
Pemilihan bidang atau topik yang diminati pelajar merupakan antara elemen penting dalam proses membaca sesuatu bahan bacaan. Topik yang tidak diminati akan membuatkan pelajar kurang berminat untuk meneruskan pembacaan. Dalam konteks bahasa Arab di Malaysia, kajian lepas membuktikan para pelajar kurang berminat untuk membaca bahan berbahasa Arab. Justeru, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti bidang bahan bacaan yang menjadi pilihan pelajar, kekerapan bidang pilihan pelajar serta perbezaan jantina dalam pemilihan bidang bacaan. Seramai 543 orang pelajar Universiti Awam yang sedang mengikuti pengajian bahasa Arab sepenuh masa di empat Universiti Awam sekitar Lembah Klang telah dipilih. Pengumpulan data adalah menggunakan Ujian Inventori Minat Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar Universiti Awam lebih cenderung memilih bahan bacaan dalam bidang pendidikan, keagamaan dan makanan. Selain itu, hasil Ujian-t pula mendapati hanya bidang pemakanan sahaja yang menunjukkan perbezaan di antara responden lelaki dan perempuan. Hasil kajian dijangka dapat membantu tenaga pengajar dalam memilih bahan bacaan yang sesuai dengan kehendak pelajar agar masalah kurang minat dalam membaca dapat diatasi.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.