KELUARGA BAHASA INDO-MALAYNESIA DAN PENGARUH BAHASA SANSKRIT DALAM MEMPERKAYAKAN PERBENDAHARAAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Abstract
Artikel ini akan membicarakan keluarga bahasa Indo-Malaynesia yang ada kaitan dengan bahasa Sanskrit kuno. Bahasa Sanskrit merupakan salah satu bahasa Indo-Eropah yang paling tua di dunia. Ianya tidak dipertuturkan lagi sebagai bahasa vernakular akan tetapi kini bahasa tersebut hanya dijadikan bahasa kitab suci Hindu-Buddha. Pengaruh bahasa Sanskrit bukan sahaja telah meresapi kehidupan linguistik di alam Melayu malah pengunaan kosa kata Sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata komunikasi masyarakat alam Nusantara. Banyak perbendaharaan kata bahasa tersebut diserapkan ke dalam bahasa Melayu dengan cara mengadaptasi bunyi sebutan kosa kata Sanskrit mengikut iklim sebutan phonologi masyarakat Melayu Nusantara. Artikel ini akan mengenal pasti dan mengumpulkan serta menganalisis beberapa perubahan fonem perbendaharaan kata Sanskrit yang diterima pakai sebagai kata Melayu. Perbincangan juga akan menyentuh kesan pengunaan kata pinjaman tersebut dalam konteks pemantapan dan pengayaan bahasa Melayu itu sendiri. Artikel ini hanya menggunakan kaedah kajian perpustakaan iaitu dengan merujuk buku teks, dokumentasi yang berkaitan serta merujuk pelbagai bahan bertulis dan rujukan di laman sesawang.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.