GAMBARAN KEHENDAK WATAK ORANG KURANG UPAYA (OKU) DALAM NOVEL LAMBAIAN KINABALU
Abstract
Kajian ini dijalankan dengan bertitik tolak daripada fahaman bahawa manusia dilahirkan dengan mempunyai kehendak yang berbeza di antara satu sama lain. Dalam hal ini, Orang Kurang Upaya (OKU) juga tidak terkecuali mempunyai kehendak mereka sendiri. Selalunya, kehendak manusia adalah untuk mendapatkan dan memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih selesa. Dalam memenuhi kehendak tersebut manusia akan memikirkan langkah yang sesuai dalam memenuhi setiap kehendak itu. Oleh itu, objektif kajian ini ialah mengenal pasti kehendak-kehendak watak OKU dalam novel Lambaian Kinabalu di samping menganalisis masalah, tindakan dan kesan tindakan watak OKU dalam memenuhi setiap kehendak tersebut. Untuk mencapai objektif yang telah digariskan, kajian akan menggunakan teori Hierarki Kehendak Maslow (1970). Hasil dapatan menunjukkan setiap kehendak watak OKU wujud selari dengan apa yang digariskan dalam teori Hierarki Kehendak Manusia iaitu terdiri daripada kehendak tahap keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri dan tahap keperluan kesempurnaan kendiri.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.