KEGEMILANGAN BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA

Hanis Izrin Mohd Hassan, Siti Mahani Angterian, Mohd Sharifudin Yusop

Abstract


Pada alaf ke-21 ini, masyarakat Malaysia lebih terdedah dan cenderung menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan mereka. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa Inggeris dilihat sebagai salah satu bahasa yang sangat berpengaruh dan sering digunakan oleh semua masyarakat di seluruh dunia dalam proses komunikasi mereka. Namun begitu, masyarakat perlu didedahkan dengan hakikat bahawa bahasa Melayu juga pernah diiktiraf sebagai bahasa lingua franca suatu ketika dahulu. Pendedahan terhadap penggunaan bahasa Inggeris menyebabkan penggunaan bahasa Melayu dan sejarah yang pernah dilaluinya semakin jauh ditinggalkan oleh penuturnya terutama bangsa Melayu. Oleh itu, artikel konseptual ini memberikan tumpuan kepada fungsi bahasa Melayu sebagai lingua franca.

 


Keywords


Bahasa Melayu, lingua franca, bahasa perantara, bahasa antarabangsa.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.