WIRA MELAYU MENURUT PERSEPSI PELAJAR
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk menilai kerelevanan Hang Tuah sebagai tokoh wira bagi masyarakat kontemporarinya khasnya generasi muda yang diwakili oleh pelajar Universiti Putra Malaysia, Malaysia. Sejak abad ke-15 Masihi lagi, watak Hang Tuah amat sinonim sebagai wira yang melambangkan kegagahan, kecemerlangan dan kegemilangan masyarakat Melayu dalam semua aspek kehidupan. Penobatan kepada wira ini diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini. Walau bagaimanapun, dalam kepesatan Malaysia mengejar era kemodenan dunia pada abad ke-21 ini, elemen ‘wira budaya’ ini disangsikan kerelevanannya sebagai memenuhi tuntutan ‘ikon’ masyarakat kini. Persoalan berlegar sekitar adakah kehadiran Hang Tuah masih diperlukan dan terus diterima oleh generasi muda khasnya? Maka dengan menggunakan metod kualitatif, 80 orang pelajar dari Universiti Putra Malaysia ditemubual menggunakan borang soal-selidik sebagai alat kajian (structured questionare). Pelajar yang terlibat berumur di antara 21 sehingga 24 tahun dan dibahagikan secara seimbang iaitu 40 orang mempunyai latar belakang sastera dan 40 lagi bukan berlatar belakang sastera. Untuk menilaian kerelevanan Hang Tuah sebagai wira bagi generasi muda kini, dua persoalan utama akan dikemukakan kepada responden iaitu pengetahuan tentang wira Hang Tuah dan perspektif responden terhadap kewujudan, kesahihan kisah, keperwiraan dan ketangkasan Hang Tuah sebagai wira Melayu. Dapatan kajian mendapati Hang Tuah masih relevan dan diterima sebagai ikon ‘wira budaya’ oleh generasi kini. Secara langsung memberi gambaran bahawa tokoh Hang Tuah ini masih diperlukan kehadirannya kepada generasi kini tanpa perlu diganti oleh tokoh lain seiring dengan perubahan masa dan zaman.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.