KOSA KATA INDO-EROPAH, SEMITIK, SINO-TIBET DAN DARVIDIEN DALAM INTERNASIONALISASI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA UTAMA DUNIA DI ALAM MALAYNESIA

Mohd Nor Azan Abdullah, Mohd Yusof Abdullah

Abstract


Kertas kerja ini mengkaji internasionalisasi leksis bahasa Melayu dengan melihat sejarah kemasukan leksis non-Austronesia seperti Sanskrit, Parsi, Portugis, Belanda, Inggeris daripada keluarga Indo-Eropah, penyerapan leksis Arab daripada keluarga bahasa Semitik, peminjaman leksis Cina yang berada dalam cabang keluarga Sino-Tibet dan leksis Tamil daripada keluarga bahasa Darvidien yang diguna pakai sebagai leksis Melayu di alam Malaynesia. Alam Malaynesia dikenali sebagai alam Melayu atau alam Nusantara. Secara tuntas, bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca bagi penghuni kepulauan Malaynesia sejak berzaman. Hebatnya, ia dapat berasimilasi dengan beberapa perbendaharaan kata dari keluarga bahasa non-Austronesia. Oleh itu, bahasa Melayu tergolong ke dalam salah satu bahasa yang bersifat fleksibel. Kajian ini akan menyenaraikan beberapa leksis bukan Austronesia yang diserapkan sebagai leksis Melayu dengan membandingkan perubahan bunyi yang telah diubah suai mengikut sebutan bahasa Melayu dan secara tidak langsung ianya memperlihatkan unsur internasionalisasi leksis tersebut ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan rujukan buku teks, dokumentasi berkaitan serta rujukan pelbagai bahan bertulis dari pelbagai sumber.

Keywords


Indo-Eropah, Semitik, Sino-Tibet, Darvidien, Internasionalisasi, Leksis, Bahasa Melayu, Alam Malaynesia.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.