PENGARUH KECERDASAN HOLISTIK TERHADAP KEMENJADIAN PELAJAR TINGKATAN ENAM DI SABAH

Mohd Nasir Rayung, Abdul Said Ambotang, Mohd Yusof Abdullah

Abstract


Kajian deskriptif ini bertujuan untuk menentukan pengaruh tahap kecerdasan holistik melalui dimensi kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan fizikal (PQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan Rohani (SQ) terhadap kemenjadian pelajar (SO) di sekolah tingkatan enam di negeri Sabah. Penilaian dibuat ke atas pelajar tingkatan enam sebagai subjek kajian berdasarkan jantina, aliran kelas, kaum dan kategori sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 418 orang pelajar dari lima belas buah sekolah yang dipilih secara rawak menggunakan kaedah pensampelan rawak berperingkat. Instrumen kajian mengandungi 84 item dalam bentuk soal selidik tertutup yang diubah suai daripada instrumen 4IR-Intelligence Instrument, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), California Critical Disposition Inventory-test (CCDI), Ethical Reasoning Tool (ERT). Data kajian dianalisis menggunakan ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS) dan Analisis Structural Equation Modelling (SEM). Dapatan kajian menunjukkan variabel IQ, PQ, EQ dan SQ mempunyai hubungan yang signifikan secara positif dengan variabel bersandar SO. Dapatan juga menunjukkan IQ, PQ, EQ dan SQ merupakan peramal yang baik kepada kemenjadian pelajar (SO). Kesemua dapatan ini diuji pada aras kepercayaan p<0.05. Berdasarkan dapatan, penyelidikan ini mencadangkan agar penguasaan kecerdasan holistik dalam pelajar dapat ditingkatkan dalam menjamin kemenjadian pelajar selaras dengan keperluan negara pada masa hadapan.


Keywords


Kecerdasan holistik, kecerdasan intelek, kecerdasan fizikal, kecerdasan emosi dan kecerdasan rohani, kemenjadian pelajar.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.