TAHAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI MEMBACA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK TADIKA SWASTA
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti membaca
dalam kalangan kanak-kanak di TADIKA swasta. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan
dengan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian melibatkan 83 orang yang terdiri daripada ibu
bapa kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 6 tahun. Kajian ini menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package
for Social Science (SPSS) versi 22. Kajian ini analisis deskriptif melibatkan nilai kekerapan,
min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan awal kanak-kanak merangkumi aktiviti membaca, berada pada tahap sederhana
dengan nilai min >2.331 iaitu Min=2.84, Sp=.366. Justeru, dapatan ini menunjukkan bahawa
englibatan ibu bapa dalam aktiviti membaca perlu ditingkatkan lagi bagi menyokong
perkembangan yang holistik dalam diri kanak-kanak. Cadagan untuk kajian lanjutan adalah
kajian terhadap hubungan antara penglibatan ibu bapa dalam aktiviti membaca dengan
perkembangan literasi awal kanak-kanak.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.




