KEFAHAMAN DAN KESEDIAAN PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN MIKRO DI UNIVERSITI MELAKA

Muhammad Izzat Mailis

Abstract


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka kefahaman dan kesediaan pelajar semester tiga program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak terhadap pelaksanaan pengajaran mikro di Universiti Melaka. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes yang melibatkan seramai tiga orang pelajar sebagai peserta kajian. Sampel kajian ini dipilih secara pensampelan bertujuan kerana pengkaji ingin melihat ciri-ciri tertentu sahaja. Kajian ini telah menggunakan protokol temu bual yang mengandungi dua soalan sebagai instrumen kajian untuk menjawab kepada persoalan kajian. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kefahaman dan kesediaan pelajar-pelajar semester tiga program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti Melaka terhadap pelaksanaan pengajaran mikro berada pada tahap yang baik tetapi masih perlu dipertingkatkan lagi. Perbincangan kajian menyentuh tentang kepentingan pengajaran mikro kepada semua bakal guru pelatih kerana ia merupakan satu bentuk simulasi pengajaran sebelum mereka menjalani latihan mengajar yang sebenar di sekolah. Setiap orang bakal guru pelatih perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kanak-kanak di tadika atau prasekolah.

Full Text:

PDF

References


Ahmad Fikrul Amin. (2023). Pengetahuan Dalam Mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Tinjauan Guru Pendidikan Islam Di Zon Keramat. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, Volume 3, Issue 4, 2023.

Asma Hilmi, Zarima Mohd Zakaria & Ai Fatimah Nur Fuad. (2020). Tahap Pengetahuan Guru Bahasa Arab Dalam Melaksanakan Kelas Berbalik. MJSSH Online, 4(3), 50-67.

Dirgantoro, K. P. S., & Soesanto, R. H. (2021). Efektivitas pengajaran mikro berbasis blended learning bagi mahasiswa calon guru matematika. Teorema: Teori dan Riset Matematika, 6 (2), 139-149.

Dirgantoro, K. P. S. (2020). Analisis Kinerja Mahasiswa Pendidikan Matematika Dalam Pengajaran Mikro Sekolah Dasar. Jurnal Pendidikan Matematika dan Matematika. Volume 6, No. 1 2020.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hafizah, Ari Kurniawan, Syamsu Hidayat & Dyah Utami. (2023). Pelatihan Micro Teaching dalam Upaya Meningkatkan Keahlian Berbicara dalam Bahasa Inggris di wilayah Jagakarsa. Jurnal Pengabdian Masyarakat Bhinneka (JPMB), Volume 1, No. 3, Tahun 2023.

Intan, Qisthina, Silvia, Intan Wahyuni & Fauziah. (2023). Pembelajaran Mikro Dalam Mengembangkan Kreativitas Mengajar Guru RA (Raudhatul Athfal). INNOVATIVE: Journal of Social Science Research, Volume 3 Nomor 2 Tahun 2023 Page 5797-5812.

Kamarudin, Abdullah, Abdul Kadir & Mohd Rashid. (2014). Pedagogi Asas Pendidikan (Edisi Baharu). Tanjong Malim: Emeritus Publications.

Kidd, W. & Murray, J. (2020). The Covid-19 pandemic and its effects on teacher education in England: how teacher educators moved practicum learning online. European Journal of Teacher Education, 43(4). https://doi.org/10.1080/02619768.2020.1820480

Kilic, A. (2010). Learner-Centered Micro Teaching in Teacher Education. International Journal of Instruction. Vol. 3(1), pp: 77-100.

Mohd Khairezan. (2019). Pengajaran Mikro: Impaknya Terhadap Pengajaran Guru. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA.

Mohd Roslan, et. al,. (2016). Praktikum: Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran, Amalan Terbaik Guru. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Murtafiah, W., Lukitasari, M., Lestari, N. S. D., Zayyadi, M., & Widodo, S. A. (2022). Decision Making Students Winning Microteaching Contest in Designing Lesson Plan and Implementation in Mathematics Learning. Cypriot Journal of Educational Science. 17(6), 2045-2060. https://doi.org/10.18844/cjes.v17i6.7497.

Othman Lebar. (2022). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metode. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Park, E,. (2022). The Reflectivity of EFL Preservice Teachers in Microteaching Practice. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, Vol. 21, No. 4, pp. 186-204.

Putri Wahyuni & Fitriana. (2019). Profil Self Efficacy Mahasiswa Calon Guru Pada Mata Kuliah Teori Dan Praktek Pengajaran Mikro Pendidikan Matematika. Jurnal Penelitian Pendidikan Matematika, Vol. 12, No. 2.

Setyo & Beny. (2022). An Analysis of Competency Achievement of Elementary Teacher Candidates in Micro-Teaching during the Covid-19 Pandemic. Jurnal Basicedu, Volume 6 Nomor 3 Tahun 2022 Halaman 4016 – 4024.

Tutiariani, Fitri, Ridwin, Nanda & Herman. (2023). Participation Performance of Students’ Basic Teaching Skills in Microteaching. Al-Ishlah: Jurnal Pendidikan. Vol.15, 2 (June, 2023), pp. 2441-2448.

Yoseph, Romi & Rahayu. (2022). The Effectiveness Of The Use Of Rpp By Field Practice Teachers (Pl) In The Learning Process At The State High School Of 1 Tondano. Jurnal Pendidikan Mandala, Vol. 7. No. 4.

Zalavra, E., & Makri, K., 2022. Relocating Online a Technology-Enhanced Microteaching Practice in Teacher Education: Challenges and Implications. The Electronic Journal of e-Learning, 20(3), pp. 270-283


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.