KEUPAYAAN MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS MENGGUNAKAN PENSEL BESAR BERBENTUK SEGI TIGA

Noraina Maliha Ismail, Andi Nur Nabilah Syafiqah Bacho, Annur Khalisah Mohamed Raffee

Abstract


Kecekapan menulis semasa belajar adalah penting untuk setiap murid, kerana kegagalannya boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian akedemik. Pensel merupakan sejenis alat tulis berupa kayu kecil berbentuk bulat berisi arang keras. Isi pensel dibuat dari grafit. Grafit merupakan mineral karbon berwarna hitam mengkilap. Kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak 5 dan 6 tahun menggunakan pensel besar berbentuk segi tiga. Selain itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat adakah kegunaan pensel besar berbentuk segi tiga dapat mengatasi masalah genggaman pensel sebenar sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada 5 orang kanak-kanak dari Tabika Sinar Suria (bukan nama sebenar). Kajian dijalankan selama 8 minggu hari persekolahan. Kelima-lima sampel kajian mempunyai masalah dalam menulis dan menyalin semula huruf atau perkataan. Data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian; pengumpulan bukti dokumentari; penggunaan rakaman fotograf; serta catatan dan nota lapangan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan senarai semak, triangulasi sumber dan kaedah untuk penyemakan data bagi memastikan kesahihan data. Dengan menggunakan gelung kajian tindakan Kemmis & Mc Tagart (1988), pada kitaran pertama menunjukkan bahawa 3 orang sampel kajian dapat meningkatkan kemahiran penulisan mereka pada kitaran pertama. Manakala 2 orang sampel kajian dapat meningkatkan kemahiran menulis mereka setelah proses intervensi kitaran kedua dilakukan terhadap mereka. Daripada data yang dianalisis dan hasil lembaran kerja sampel kajian setelah kedua-dua kitaran dilakukan menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh sampel kajian dapat dikurangkan dan penulisan tanpa garis putus-putus dapat dipertingkatkan dengan menggunakan pensel besar berbentuk segi tiga. Selain itu, dengan penggunaan pensel besar berbentuk segi tiga juga dapat melatih sampel untuk menggenggam pensel dengan cara yang betul apabila menggunakan pensel sebenar yang kecil berbentuk bulat.

Full Text:

PDF

References


Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu murid-murid sekolah rendah diluar bandar. Jurnal pendidikan bahasa melayu, 1(1): 1-12

Anis Norma Mohammad Jaafar et al. (2022). Penggunaan Kit ‘My Fimoki’ dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562) 2022, Volume 7, Issue 8, e001689

Bahagian pembangunan kurikulum kementerian pendidikan Malaysia. (2016). Pendidikan prasekolah dokumen standard kurikulum dan pentaksiran: Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia

Catharina Andreas. (2013). Literasi awal (BM) dari aspek kemahiran menulis murid prasekolah dikawasan pedalaman berdasarkan perlaksanaan kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK). Sabah, Malaysia: Universiti Malaysia Sabah.

Christy Serini Anak Awang. (2012). Ada apa dengan tulisan. Sarawak, Malaysia: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Clay, M. M. (1991). Becoming literate. The construction of inner control. Aucland: Heinemann Education.

Dayang Nurmalisa Binti Abang Mohd Selanie. (2010). Kesan pendekatan bimbingan secara individu dalam membantu murid tahun tiga membaiki tulisan bahasa melayu. Buku koleksi artikel penyelidikan tindakan seminar, Penyelidikan tindakan tahun 2010 Institus pendidikan guru kampus Batu Lintang (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah), ms. 126-139.

Dyson, A. H. & Freedman, (1991). Oral language: the rooting systemfor learning to write. Language Arts 58(7): 776-784

Emel, S. & Deniz, D.A. 2020. The effect of preschool children’s motor skills on self-care skills. Early Child Development and Care 190(6): 963 – 970.

Ferreiro, E. & Teberosky, A. (1982). Literacy before schooling. New Hampshire: Heinemann Education Book.

Kamaruddin, N. I., Mohammad Jaafar, A. N., & Omar, R. (2022). Use of Teaching Aids "LPS" in Improving Writing Skills of 5 Years Old Children. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15, 172-185.

https://doi.org/10.37134/bitara.vol15.sp.16.2022

Kemmis, S. and McTaggart, R. (eds) (1988) The Action Research Planner. (Third Edition) Waurn Ponds: Deakin University Press.

Mahzan, A. (2012). Pendidikan literasi awal kanak-kanak. Teori dan Amali. Tanjung Malim, Malaysia: Universiti pendidikan Sultan Idris.

McCarrier, A., Pinnell, G. S. & Fountas, I. C. (2000). Interactive writing. Portsmouth: Heinemann.

Mack, F. L. (2012). A voyage in emergent writing: Case study of writing instructional practices of two kindergarden teachers. Tesis Ph.D, Education, Capella University

McMurry, S., Drysdale, J. & Jordan, G. (2009). Motor processing difficulties: Guidance for teachers mainstream classroom. Support for learning, 24 (3): 119-125

Nourlieda binti Abdullah. (2012). Cantik dan kemas. Sarawak, Malaysia: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Nor Az Zahraa Ahmad Tarmidi dan Kamariah Abu Bakar. (2022). kemahiran menggunting dan kesannya terhadap kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol.11 (1), 2022 (13-21) (ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)

Olness, R. (2005). Using literature to enhance writing instruction In. Using literatur enhance content area instruction: A guide for K-5 teacher, 1-205. Newark, DE: International reading association.

Rosenblum, S., Goldstand, S. & Parush, S. (2006). Relationships among biomechanical ergonomic factors, handwriting product quality, handwriting efficiency and computerized handwriting process measures the children with and without handwriting difficulties. American Journal of occupational therapy. 60(1): 28-39

Schneck, C. M. (1991). Comparison of pencil-grip patterns in graders with good and poor writing skills. The American Journal of occupational therapy. Official publication of the American occupational therapy association, 45(8): 701-706

Schneck, C. M. & Henderson, A. (1990). Descriptive analysis of the developmental progression of grip position for pencil and crayon control in nondysfunctional children. The American Journal of occupational therapy. Official publication of the American occupational therapy association, 44(10): 893-900

Shamsiah bt Md Nasir (2017). Kesan Jenis Genggaman Pensil Murid Bermasalah Pembelajaran Terhadap Kemahiran Menulis. Proceedings of the International Conference on Special Education Vol.2 (2017) / e-ISSN 2948-4731 (584-590) SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs

Siti Iwaana Sharizah Abu Samah, Rohaty Mohd Majzub & Zamri Mahamod. (2014). Perlaksaan pengajaran penulisan dalam kalangan guru-guru prasekolah. Selangor, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The developmen of higher psychological processes. Cambridge: Havard University Press.

Watkins, M. & Noble, G. (2011). Losing touch: Pedagogies of incorporation and the ability to write. Social semiotics, 21 (4): 503-516


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.