MOTIVASI PELAJAR MOBILITI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA PERANCIS

Nuradibah Asbullah, Hazlina Abdul Halim

Abstract


Kajian ini adalah kajian kualitatif untuk mengenal pasti motivasi yang mendorong pelajar mobiliti untuk mempelajari Bahasa Perancis berdasarkan teori motivasi oleh Gardner & Lambert (1972) serta Deci & Ryan (2000). Disamping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis tujuan pelajar mobiliti memilih negara Perancis sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran. Seramai tiga orang pelajar yang berusia di antara usia 20-23 tahun terlibat dalam kajian ini. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar mobiliti yang berasal dari negara yang berbeza. Kajian ini mengambil masa selama empat minggu, dimana pelajar telah ditemubual untuk mendapatkan data kajian yang tepat. Keputusan kajian mendapati bahawa dua jenis motivasi iaitu motivasi integratif dan motivasi instrumental memainkan peranan dalam mendorong pelajar-pelajar ini mempelajari bahasa Perancis. Kajian ini juga mendapati bahawa motivasi instrinsik dan ekstrinsik juga telah membantu mengekalkan pelajar-pelajar untuk terus mempelajari bahasa Perancis. Dapatan kajian ini diharapkan akan membuka ruang kepada pelajar mobiliti dalam mengenal pasti motivasi mereka dalam bahasa Perancis.

Keywords


Motivasi, motivasi integratif dan instrumental, motivasi instrinsik dan ekstrinsik, pelajar mobiliti, bahasa Perancis.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.