ANALISIS FATWA-FATWA PENDERMAAN MAYAT ORANG ISLAM UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Muhammad Ikhlas Rosele, Noor Naemah Abdul Rahman, Mohd Anuar Ramli

Abstract


Pendermaan mayat adalah satu keperluan dalam membentuk kepakaran pelajar bagi menguasai ilmu perubatan. Namun pendermaan mayat orang Islam mempunyai perbahasan hukum yang khusus. Kajian ini akan menganalisis fatwa-fatwa yang menyentuh aspek pendermaan mayat orang Islam bagi memenuhi tuntutan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat enam (6) fatwa berjaya dikumpul dan akan dianalisis secara induktif dan deduktif. Secara kasarnya beberapa aspek perlu diambil kira dalam membincangkan isu ini antaranya; kedudukan jasad si mati sebagai bahan derma, hukum membedah mayat, tahap tujuan membedah mayat dan tahap keperluan pembedahan mayat orang Islam.

Keywords


pendermaan; pembedahan; penyelidikan; mayat; jasad; fatwa

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.