ANALISIS PERMASALAHAN PELAJAR CACAT PENDENGARAN DALAM PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
Abstract
Kajian ini mengupas permasalahan yang timbul semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam kepada pelajar cacat pendengaran di peringkat Sekolah Menengah Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan 5 orang Guru Pendidikan Islam(GPIK), 3 orang Bekas Pelajar Cacat Pendengaran (BPP) dan 2 orang pakar cacat pendengaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas (PPIK) dan 4 orang Pentadbir (GPKK) yang bertindak sebagai responden temubual. Hasil kajian bertujuan menzahirkan masalah yang sering berlaku kepada pelajar cacat pendengaran, khususnya dalam aspek masalah dari segi kemahiran bahasa. Masalah ini timbul adalah kerana sikap pelajar cacat pendengaran kurang membaca menyebabkan tiada input, masalah Bahan Bantu Belajar (BBM) di pasaran yang mesra pelajar murid tipikal. Dalam masa yang sama, masalah kurikulum yang begitu luas, kesukaran memahami sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru, masalah ingatan jangka pendek (short memory), guru tidak mahir menggunakan bahasa isyarat, kod tangan terhad dan buku teks yang tidak sesuai. Kebanyakan buku teks hari ini adalah dalam bentuk tulisan jawi. Buku teks ini hanya sesuai untuk rujukan guru. Justeru itu, beberapa penambahbaikan perlu diberi perhatian serius dan disegerakan tindakan dengan menyemak semula kurikulum untuk murid cacat pendengaran dengan modifikasi mengikut keupayaan pelajar berkenaan, di samping berkolaborasi dengan pihak berkaitan bagi menghasilkan BBM yang sesuai dengan tahap kemampuan pelajar cacat pendengaran. Akhir sekali, guru dan ibubapa perlu sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima anak-anak istimewa ini.
Keywords
Masalah Pembelajaran, Pelajar Cacat Pendengaran, Pendidikan Islam
Full Text:
PDFCopyright (c) 2017 JURNAL ILMI
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.