FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA SERTA LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA

Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Kamaruddin Salleh

Abstract


Pengurusan dan pentadbiran Islam di Malaysia telah wujud pada abad ke-13 Masihi lagi, cuma ia tidak sistematik dan maju seperti sekarang. Walaupun pengurusan dan pentadbiran Islam telah lama wujud, malangnya ia pula kurang dihayati dan diaplikasikan serta segala sistem pengurusan dan pentadbiran yang berasaskan Islam itu hanyal pada nama dan teori sahaja. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis beberapa faktor kelemahan terhadap pengurusan dan pentadbiran Islam yang mana ia perlu dikaji semula oleh semua masyarakat terutama oleh umat Islam itu sendiri bagi membangunkannya kembali. Metodologi analisis kandungan digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa langkah-langkah bagi mengatasi masalah kelemahan pengurusan dan pentadbiran Islam di Malaysia ini agar masyarakat dapat mempraktikkannya ke dalam kehidupan seharian demi kebaikan bersama.

Keywords


pengurusan dan pentadbiran Islam, Malaysia, faktor kelemahan, langkah mengatasi

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2017 JURNAL ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.