KEBERKESANAN HUBUNGAN GURU KELAS-MURID DALAM MERANGSANG KESEDARAN TERHADAP INTEGRASI ETNIK DALAM KALANGAN MURID DI BILIK DARJAH

Suresh Kumar N Vellymalay

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk meneroka keberkesanan hubungan antara guru kelas dan murid dalam merangsang pembentukan hubungan etnik di persekitaran bilik darjah. Sampel kajian terdiri daripada seribu orang murid sekolah menengah di dua buah negeri iaitu Kedah dan Perak. Temu bual berstruktur berbantukan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada murid yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti murid tanpa mengambil kira latar belakang etnik menunjukkan kerapatan yang tinggi dengan guru kelas. Hasil kajian juga mendapati bahawa hubungan antara guru kelas dengan murid amat berkesan dalam merangsang kesedaran terhadap integrasi etnik di persekitaran bilik darjah.Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil murid yang mendapati bahawa hubungan antara guru kelas dengan murid tidak begitu memberangsangkan dalam merangsang kesedaran terhadap integrasi etnik di persekitaran bilik darjah. Sikap pilih kasih mengikut etnik dan sikap pandang rendah pada etnik lain oleh guru kelas dilihat sebagai antara faktor utama yang menghalang hubungan antara guru tersebut dengan murid di bilik darjah dan menjejaskan kesedaran terhadap integrasi etnik di persekitaran bilik darjah.

Keywords


guru, murid, bilik darjah, integrasi, etnik

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2017 JURNAL ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.