PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN PRA-PERTANDINGAN DALAM KALANGAN ATLET HOKI MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA

Rosli Saadan, Lim Boon Hooi, Hamdan Mohd Ali, Mohamad Bokhari, Norida Abdullah

Abstract


Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perbandingan tahap kebimbangan pra-pertandingan dalam kalangan atlet hoki Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Subjek terdiri daripada 144 atlet (72 lelaki dan 72 perempuan) hoki yang berumur antara 15 hingga 18 tahun. Soal selidik Revised Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2R) yang dibentuk oleh Cox et al., (2003) digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan pra-pertandingan dalam sukan. Ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina bagi subskala kebimbangan kognitif [F (1, 136) = 16.23, p< .05]. Dapatan juga menunjukkan atlet perempuan mempunyai tahap kebimbangan pra-pertandingan kognitif dan somatik yang tinggi berbanding atlet lelaki. Manakala atlet lelaki pula mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi berbanding atlet perempuan. Ujian pasca analisis benferoni menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi subskala kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik dan keyakinan diri di antara pasukan-pasukan yang bertanding dalam kejohanan hoki MSSM.

Keywords


kebimbangan, kognitif, somatik, keyakinan diri

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2017 JURNAL ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.