ZUHUD UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI ISLAM

Siti Nur Aafifah Hashim, Muslihah Mazlan

Abstract


Usaha untuk perlaksanaan pembangunan lestari di dunia telah mula berkembang sejak Persidangan di Ottawa, Ontario pada tahun 1987. Namun, terdapat pelbagai kritikan diterima dalam perlaksanaan pembangunan lestari ini kerana dasarnya yang kurang jelas, tidak lengkap malah tidak bersesuaian dilaksanakan ke atas masyarakat Islam. Walaupun demikian, konsep pembangunan lestari lazim ini tetap digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan pembangunan Islam. Melihat kepada permasalahan ini, wujudnya usaha untuk mewujudkan konsep dan teori pembangunan lestari Islam yang didasari dengan nilai kerohanian seperti zuhud. Oleh itu, kertas kerja ini berhasrat untuk meneliti konsep zuhud sebagai salah satu strategi pembangunan lestari Islam. Penilitian terhadap kajian serta karya terdahulu mendapati bahawa penerapan sifat zuhud merupakan satu aspek penting bagi pembangunan lestari Islam kerana sifat zuhud ini dapat membentuk akhlak serta mendisiplinkan diri pelaku pembangunan lestari Islam menerusi pencapaian matlamat zuhud yang dibincangkan dalam kertas kerja ini, sejurus melaksanakan pembangunan yang mencapai keredhaan Allah.

Keywords


zuhud, pembangunan lestari Islam, disiplin diri

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2019 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.