KESEDARAN MASYARAKAT MUSLIM TERHADAP KONSEP ZAKAT
Abstract
Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim di dunia ini. Tanggungjawab ini dilaksanakan atas rasa ikhlas serta dengan niat untuk tujuan pembangunan golongan yang kurang berkemampuan. Masyarakat Muslim kini kurang peka terhadap tanggungjawab pembayaran zakat ini kecuali zakat fitrah yang umum, yang mana dilaksanakan sebelum solat Hari Raya Aidilfitri. Namun pembahagian zakat yang lain kurang mendapat perhatian daripada masyarakat Muslim kini. Kepentingan berzakat masih ramai tidak sedar serta peka terhadap tanggungjawab asas ini. Maka kajian ini dibuat bagi melihat secara umum kesedaran masyarakat Muslim terhadap konsep zakat ini. Objektif umum kajian ini ingin melihat sejauh mana tahap kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab pembayaran zakat. Selain itu, kajian turut akan melihat faktor-faktor yang mendorong kepada kurang peka masyarakat Muslim terhadap pembayaran zakat selain zakat fitrah. Teknik-teknik statistik yang digunakan dalam kajian ini adalah Statistik deskriptif, Pearson Product-Moment Pekali Korelasi dan Regresi berganda. Kajian ini diharapkan dapat memberikan kefahaman serta kesedaran masyarakat Muslim serta ahli akademik kepada faktor-faktor yang mempengaruhi kurang kepekaan terhadap pembayaran zakat selain zakat fitrah. Kajian masa depan perlu memberi fokus kepada satu kajian yang sama dengan skop yang diperluaskan ke semua negeri di Malaysia di mana penemuan ini boleh dibandingkan kepada seluruh masyarakat Muslim di Malaysia.
Keywords
zakat; kepekaan; tanggungjawab
Copyright (c) 2018 Jurnal ILMI
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.