GEO-LINGUISTIK BAHASA MELAYU DAN MIKRO-SISTEM PEMBENTUKAN KATA KERJA BERIMBUHAN AWALAN BER-, APITAN BER- …-AN DAN BER-…-KAN

Mohd Nor Azan Abdullah, Musirin Mosin

Abstract


Artikel ini membincangkan tentang kata kerja (verba) berimbuhan ber-, ber-...-an dan ber-…-kan yang diperjelaskan pembentukannya melalui mikro-sistem morfologi. Ianya juga akan menerangkan fungsi pembentukan imbuhan tersebut. Bahasa merupakan satu sistem yang mana setiap pembentukan kata mahupun unsur kata adalah saling berkaitan dan bertepatan dengan kehendak peraturan tatabahasa itu sendiri. Pembentukan kata merujuk kepada proses atau cara bagaimana sesuatu kata itu dicipta dan dibentuk. Ini bererti penciptaan kata dapat diilustrasikan melalui mikro-sistem pembentukan kata terbitan. Leksem kata nama atau adjektif mahupun kata kerja itu sendiri bergabung bersama morfem yang berkaitan untuk menghasilkan kata kerja terbitan. Pengilustrasian pembentukan kata kerja berimbuhan melalui mikro-sistem bukan sahaja merupakan satu alat untuk mudah memahami proses berlakunya pengimbuhan dan fungsinya, malah ianya boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Keywords


Mikro-sistem; fungsi; pembentukan; kata kerja; berimbuhan; ber-; ber-...-an; ber-…kan

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2018 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.