TUJUAN, KEPENTINGAN DAN KESAN PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFTSKILL) DALAM PENGAJARAN SUBJEK USAHAWAN SISWA DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA: ANALISIS PSIKOLINGUISTIK.

Siti Noridayu Abd. Nasir, Hazlina Abdul Halim

Abstract


Kemahiran Insaniah merupakan elemen yang diterapkan dalam subjek Kokurikulum berkredit di Universiti Putra Malaysia. Subjek Usahawan Siswa (QKH2104) merupakan salah satu subjek kokurikulum berkredit yang mula diperkenalkan pada 2016 di Universiti Putra Malaysia. Elemen keusahawanan, komunikasi juga kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dinilai secara khusus oleh pengajar. Bagaimanapun, elemen kepimpinan, kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat juga etika dan nilai profesional diterapkan secara umum sepanjang proses pengajaran. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada tujuan, kepentingan dan kesan penerapan kemahiran insaniah dalam proses pengajaran subjek Usahawan Siswa (QKH2104) di Universiti Putra Malaysia kepada mahasiswa. Malah, kemahiran insaniah mempunyai kaitan dengan aspek psikolinguistik mahasiswa di UPM. Hasil kajian memperlihatkan bahawa kemahiran insaniah mempunyai kebaikan dalam psikolinguistik mahasiswa sebagai persediaan ke alam kerjaya. Adalah diharapkan, elemen kemahiran insaniah boleh diperluaskan kepada sistem pendidikan bermula di peringkat rendah hingga tinggi dalam membina sahsiah diri seorang mahasiswa.Hal ini kerana, elemen kemahiran insaniah melengkapi segenap keperluan kehidupan yang diperlukan semasa di rumah, universiti dan alam pekerjaan kelak.

Keywords


kemahiran insaniah, subjek Usahawan Siswa, psikolinguistik

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2025 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.