PROJEK HOME SWEET HOME MENINGKATKAN PENGLIBATAN KANAK-KANAK DALAM PEMBELAJARAN DI KELAS TABIKA KEMAS GABUNGAN FELDA PALONG 7&8 (B)

Nor Maizatul Akmal Mohd Zubir, Hidayah Tokiman

Abstract


Projek "Home Sweet Home" bertujuan untuk meningkatkan pelibatan kanak-kanak dalam proses pembelajaran di kelas tabika melalui pendekatan yang lebih inklusif dan berfokus kepada pengalaman positif di rumah. Kajian ini menilai keberkesanan intervensi yang melibatkan kerjasama antara ibu bapa, guru, dan kanak-kanak dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang menyenangkan dan interaktif. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti masalah 5 orang responden yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di kelas TABIKA dengan mengadakan Projek Home Sweet Home bersama ibu bapa. Data kajian ini dilaksanakan setelah temubual ringkas bersama ibu bapa responden dan perlaksanaan intervensi dan pemerhatian serta senarai semak. Melalui aktiviti-aktiviti yang direka khas untuk dijalankan di rumah bersama keluarga, projek ini menekankan pentingnya sokongan dan penglibatan ibu bapa dalam memperkaya pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam minat, motivasi, dan keupayaan kanak-kanak untuk belajar, di samping memperkuat hubungan antara rumah dan sekolah. Projek ini memberikan sumbangan yang berharga kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak, terutamanya dalam mengembangkan strategi untuk melibatkan kanak-kanak secara lebih efektif dalam pembelajaran.

Keywords


Home Sweet Home, peningkatan pelibatan kanak-kanak, pelibatan ibu bapa, aktiviti pembelajaran kanak-kanak

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2025 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.