FAKTOR-FAKTOR KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING) DI AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)

Mohd Asri Md Sap

Abstract


Pembelajaran Teradun adalah pembelajaran yang menggabungkan penggunaan teknologi dan kaedah pengajaran bersemuka yang memberikan fleksibiliti kepada pelajar di peringkat pengajian tinggi. Pembelajaran teradun dipercayai mampu meningkatkan aktiviti pembelajaran secara interaktif, kolaboratif dan mengukuhkan keupayaan autonomi pembelajaran pelajar. Kecekapan dan keberkesanan pembelajaran teradun boleh ditingkatkan apabila faktor yang mempengaruhi kepuasan pembelajaran pelajar difahami. Tinjauan persepsi kepuasan pelajar terhadap pembelajaran teradun di Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Melaka dijalankan melalui soal selidik ke atas 130 pelajar yang berpengalaman pembelajaran teradun. Semakan dan pengesahan telah dilakukan, hanya data 98 responden sahaja dianalisis. Kajian menggunakan analisis statistik deskriptif, korelasi Pearson dan regresi berganda. Keputusan menunjukkan bahawa tahap kepuasan pembelajaran teradun di Akademi Laut Malaysia (ALAM) adalah tinggi. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara variabel pembelajaran, pengajaran dan kurikulum dengan kepuasan pembelajaran teradun. Analisis regresi berganda mendapati bahawa dimensi pengajaran dan pembelajaran adalah faktor terpenting yang mempengaruhi kepuasan pelajar terhadap pembelajaran teradun. Keputusan menunjukkan bahawa model pembelajaran teradun dibina daripada tiga dimensi pelajar, guru, dan kurikulum, menawarkan asas teori dan titik rujukan untuk pembaharuan berterusan juga mengoptimumkan pembelajaran teradun disamping menyediakan pelajar berhadapan dengan era revolusi industri 4.0.

Keywords


kepuasan pelajar, pembelajaran teradun

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2025 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.