CABARAN DAN KEKANGAN PELAKSANAAN ICT DARI ASPEK PENGETAHUAN KALANGAN GURU SENIOR DI SEKOLAH RENDAH

Rubathey a/p Muniyandi, Norliza Abdul Majid, Nurulhuda Mat Hassan

Abstract


Dalam era dunia menuju ke arah transformasi pendigitalan dalam semua sektor termasuk bidang pendidikan maka kajian ini bertujuan untuk meneliti cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh warga pendidik terutama sekali guru senior terhadap pelaksanaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek pengetahuan di sekolah rendah. Pembelajaran abad ke 21 dikaitkan dengan pengajaran berasaskan multimedia yang sangat relevan dengan generasi murid masa kini. Walau bagaimanapun pelaksanaan ICT masih berada pada tahap sederhana sahaja kerana terdapat kelompongan dalam kalangan guru terutama guru senior yang tidak begitu mahir menguasai teknologi masa kini hasil daripada kekurangan ilmu pengetahuan teknologi. Sejajar dengan perubahan dalam pendidikan maka pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) dan Transformasi Pendidikan 25 (TS25) bagi memperkasakan pelaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian menunjukkan guru-guru senior menghadapi cabaran dalam pelaksanaan ICT seperti i) kurang ilmu pengetahuan ICT, ii)kurang pendedahan ICT, iii)kurang kelengkapan infrastruktur teknologi di sekolah dan iv) kurang bahan rujukan teknologi. Objektif kajian ini adalah meneroka cabaran dan kekangan terhadap pelaksanaan ICT dari aspek pengetahuan dalam kalangan guru senior di sekolah rendah. Pendekatan yang digunakan adalah kaedah kualitatif dengan kajian kes melalui tiga jenis teknik iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Seramai dua belas orang guru senior dari enam buah sekolah rendah mengambil bahagian dalam kajian ini. Implikasi kajian ini di tujukan kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam sektor pendidikan seperti sekolah iaitu Guru Besar, KPM dan JPN supaya mengambil langkah yang proaktif untuk mengatasi cabaran terhadap pengaplikasian ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dalam kalangan guru senior.

Keywords


ICT challenges, senior teachers, knowledge, teaching and learning

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2025 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.