SOKONGAN SOSIAL TERHADAP KECENDERUNGAN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN PENGHUNI PUSAT PEMULIHAN SWASTA DI DAERAH JASIN, MELAKA
Abstract
mendapat bantuan dari orang sekeliling seperti keluarga dan individu yang hampir dengan diri mereka terutama untuk melakukan perubahan dalam hidup. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor sokongan sosial terhadap kecenderungan penyalahgunaan dadah dalam kalangan penghuni pusat pemulihan swasta, Daerah Jasin Melaka. Kajian berbentuk kaedah tinjauan atau survey ini telah dilaksanakan kepada 22 orang responden yang terdiri dari kalangan penagih yang masih mendapatkan rawatan di pusat pemulihan dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan bagi soal selidik dalam kajian ini adalah Inventori Social Support of Behaviour (ISSB) bagi mengukur faktor sokongan sosial dan menggunakan Inventori Drug Abuse Screening Test-20 (DAST-20) untuk melihat kecenderungan penyalahgunaan dadah dalam kalangan penagih. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi melalui perisian SPSS (Statistical Packages of Social Science) versi 26. Secara keseluruhannya, tidak terdapat hubungan antara sokongan sosial terhadap kecenderungan penyalahgunaan dadah dalam kalangan penghuni pusat pusat pemulihan swasta, Daerah Jasin Melaka (r = -.039, k > .05). Seterusnya, hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sokongan sosial berdasarkan umur [F (17,4) = 4.458, k >.05]. Kajian ini boleh memberikan manfaat kepada pelbagai pihak khususnya pihak AADK dan institusi masyarakat.
Keywords
Sokongan sosial, penyalahgunaan dadah, pemulihan dadah
Full Text:
PDFCopyright (c) 2025 Jurnal ILMI
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.