BURNOUT: HUBUNGAN DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN KAKITANGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

Nur Nashreen Elleza Ramli, Siti Haziqah Shaban

Abstract


Kepuasan kerja adalah perkara asas bagi menghasilkan kualiti kerja yang terbaik sehingga mempengaruhi gejala burnout dalam kalangan masyarakat terutama para pekerja di pelbagai organisasi. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan burnout dengan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor. Satu tinjauan dengan menggunakan set soal selidik yang telah dijalankan ke atas 60 orang kakitangan yang berkhidmat di jabatan tersebut. Instrumen kajian yang digunakan ialah maklumat berkaitan dengan demografi iaitu jantina, agama, bangsa, status perkahwinan dan taraf pendidikan kakitangan JKM Negeri Johor. Seterusnya bagi mengukur burnout, penyelidik menggunakan Inventori Burnout Maslach yang dibangunkan oleh Christina Maslach dan Susan Jackson (1979) dan bagi mengukur kepuasan kerja, Inventori Kepuasan Kerja diasaskan oleh Scheider dan Dacheler (1989) digunakan. Kaedah analisis data menggunakan perisian Statistical Package For Social Science, Version 26 (SPSS) bagi menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis menggunakan kaedah kolerasi, Ujian-t dan Anova Sehala. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara burnout terhadap kepuasan kerja (r = .287, k< 0.05). Selain itu, kajian ini mendapati tidak terdapat hubungan kepuasan kerja dengan taraf pendidikan [F (3, 56) = .716, k> .05]. Kajian juga menunjukkan hipotesis ditolak kerana tidak terdapat perbezaan signifikan dalam burnout berdasarkan jantina (t (58) = .039, k> .05). Kajian ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada para majikan khususnya dalam mengurangkan kadar burnout dalam kalangan pekerja di organisasi masing-masing.

Keywords


Burnout, Kepuasan Kerja, Kakitangan, Organisasi

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2025 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.