IDDAH BAGI LELAKI DARI PANDANGAN ISLAM

Mohammad Ali Abdullah

Abstract


Iddah merupakan satu masalah hukum yang melibatkan masyarakat dan agama. Logikanya ialah masyarakat itu terbentuk dari beberapa anggota keluarga yang tunjang utamanya ialah suami dan isteri. Sekiranya suami isteri itu hidup dalam keadaan mawaddah dan rahmah, maka masyarakat juga akan menjalani kehidupan harmoni dan sejahtera. Sebaliknya sekiranya berlaku perceraian di antara mereka berdua, kesannya bukan sahaja sebuah keluarga akan menjadi porak-peranda tapi juga masyarakat akan menerima tempias negatif hasil dari perceraian tersebut. Salah satu hukum agama yang melibatkan perceraian tersebut ialah iddah. Maka bertitik tolak dari masalah inilah, objektif utama artikel ini ditulis adalah untuk menerangkan hukum kepada masyarakat samada iddah ini hanya terkhusus kepada pihak perempuan sahaja atau hukumnya juga terguna pakai untuk pihak lelaki. Persoalan ini timbul dikalangan masyarakat dan amat memberatkan mereka apabila kurang memahami teks yang dikeluarkan oleh Bahagian Pentadbiran Syariah (Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, berkaitan dengan Garis Panduan Pengurusan Nikah, Cerai dan Ruju’, Permohonan Kebenaran Berkahwin Pasangan Bagi Negeri/Negara Yang Berlainan, Lampiran Dokumen Yang Berkenaan Sahaja, Surat Kebenaran Berkahwin dari Mahkamah Syariah jika: (I) Pemohon hendak berpoligami atau bagi lelaki yang bercerai dan masih dalam tempoh iddah perceraian (isteri)(1). Antara metodologi yang digunakan untuk merungkai permasalahan ini ialah Pengkajian dan Pembacaan bagi mengkaji teks yang dikeluarkan oleh Bahagian Pentadbiran Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkaitan dengan "Permohonan Kebenaran Berkahwin Pasangan Bagi Negeri/Negara Yang Berlainan", kemudian maklumat yang telah dikumpul mengenai tajuk ini dikomentar apabila keadaan memerlukan sedemikian, metodologi Analisis bagi menganalisis kesahihan data-data yang diterima dan didapati samada daripada teks atau buku, metodologi Perbandingan diguna pakai untuk tujuan perbandingan pendapat ulama empat mazhab (Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali) mengenai kesepakatan dan perselisihan atau perbezaan pendapat mereka dalam sesuatu hukum agar satu resolusi terbaik dapat disimpulkan dan ditetapkan dan metodologi yang terakhir ialah Pengeluaran Hukum dengan tujuan untuk sampai kepada natijah selepas daripada penelitian dalil aqli dan naqli yang membawa kepada pencapaian sesuatu kesimpulan hukum daripada fakta maklumat yang khusus. Diakhir perbincangan, keputusan hukum yang dapat disimpulkan ialah pihak lelaki selepas bercerai dengan isterinya sebenarnya tidak mempunyai iddah, cuma terdapat beberapa keadaan yang melarangnya untuk berkahwin terus dengan perempuan lain. Sebab tujuan Iddah sebenarnya adalah untuk menjaga kesucian rahim dan keadaan ini tidak terdapat pada golongan lelaki.

Keywords


Iddah, hukum, agama, perceraian, berkahwin.

Full Text:

PDF

References


- Bahagian Pentadbiran Syariah Nikah, Cerai dan Ruju', Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Peraturan-Peraturan Bimbingan Pentadbiran Nikah, Cerai dan Ruju' - Kertas Kerja m.s 15.

- Surah Al-Baqarah ayat 234

- Ismail ibn Umar ibn Kathir al-Quraisy al-Basri ad-Dimasyki, Abu al-Fida' (wafat 774H), Tafsir al-Quranil A'zim, disunting oleh Sami ibn Muhammad Selamah, Cetakan ke-dua, Darul Tayyibah sebagai penerbit dan pencetak, 1420H / 1999M, 1, 630.

- Surah At-Talak ayat 4

- Muhammad bin Makram bin Ali, Abu Al-Fadl, Jamaluddin Ibn Manzur Al-Ansari Al-Ruwaifa'i Al-Ifriqi (wafat 711H), Lisan Al-Arab, edisi ke-3, Dar Sader - Beirut, 1414 Hijrah, 15.

- Qasim bin Abdullah bin Amir Ali Al-Qunawi Al-Rumi Al-Hanafi (wafat 978H), Anis Al-Fuqaha' mengenai Takrif Perkataan yang digunakan di kalangan fuqaha, disunting oleh Yahya Hassan Murad, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, 2004 Masihi - 1424 Hijrah, 1, 59.

- Zainuddin bin Ibrahim bin Muhammad, dikenali sebagai Ibn Najim al-Masry (wafat 970H), Al-Bahr Al-Raiq Syarah Kanzun Al-Daqaaiq, edisi ke-2, Dar Al-Kitab Al-Islami, 4, 138-139.

- Shamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Abdul Rahman al-Tarabulsi al-Maghribi, dikenali sebagai al-Khattab al-Rua`ini al-Maliki (wafat 954H), Mawaahib al-Jalil fi Sharh Mukhtasar Khalil , edisi ke-3, Dar al-Fikr, 1412 Hijrah - 1992 Masihi, 4, 140.

- Shamsuddin, Muhammad bin Ahmad al-Khatib al-Sharbini al-Shafi'ie (wafat 977H), Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifatih Maani Alfaaz al-Minhaj, edisi pertama, Dar al- Kutub al-Ilmiyyah, 1415 Hijrah - 1994 Masihi, 5, 78.

- Mansour bin Yunus bin Salahuddin Ibn Hassan bin Idris al-Bahuti al-Hanbali (wafat 1051H), Daqaaiq Ulin Nuha li Sharh al-Muntaha yang dikenali sebagai Sharh Muntaha al-Iraadat, edisi pertama, Aalam al-Kutub, 1413 Hijrah - 1993 Masihi, 3, 191.

- Abdul Karim Zaidaan, Al-Mufassal fi Ahkaamul Mar'ata wa al-Bait al-Muslim fi Syariah Islamiah, edisi pertama, Yayasan Al-Risalah, Beirut, 1413 Hijrah - 1992 Masihi, 9, 121.

- Surah Al-Baqarah ayat 234

- Surat Al-Talaq ayat 4

- Muslim bin Al-Hajjaj Abu Al-Hussein Al-Qushayri Al-Naysaburi, Sahih Muslim, disunting oleh Muhammad Fouad Abdel-Baqi, Dar Ihya' Al-Turath Al-Arabi, Beirut, Kitab Perceraian, Bab Talak Tiga- Talak Yang Tiada Nafkah, Hadis No 8015, 2, 1114.

- Muhammad bin Ismail Abu Abdullah Al-Bukhari Al-Ja'afi, Al-Jami' Al-Sahih Al-Mukhtasar, disunting oleh Dr. Mustafa Deeb Al-Bughaa, edisi ke-3, Dar Ibn Katheer, Al-Yamamah, Beirut, 1407 Hijrah - 1987 M, Kitab Perkahwinan, Bab Perempuan-perempuan yang mengandung – Tempoh mereka itu ialah apabila mereka melahirkan, Hadis No 5012, 2, 2037.

- Abu Omar Yusuf bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul-Barr bin Asim Al-Nimri Al-Qurtubi (meninggal dunia 463 Hijrah), Al-Tamhid li ma fi al-Muwatta min al-Maa'ni wa al-Asaanid, disunting oleh Mustafa bin Ahmed Al-Alawi , Muhammad Abdul Kabir Al-Bakri, Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam - Morocco, 1387 Hijrah, 20, 33.

- Muhyiddin Yahya bin Sharaf an-Nawawi, Abu Zakaria (wafat 676H), Al-Minhaj Sharh Sahih Muslim bin al-Hajjaj, edisi ke-2, Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi - Beirut, 1392 Hijrah, 10, 109.

- Abdullah bin Ahmed bin Muhammad bin Qudamah al-Jumaaili al-Maqdisi, kemudian al-Dimashqi al-Hanbali Abu Muhammad Muwaffaq al-Din, dikenali sebagai Ibn Qudamah al-Maqdisi (wafat 620H), al-Mughni li Ibn Qudamah, Perpustakaan Kaherah, 1388 Hijrah - 1968 Masihi, 8, 96.

- Muhammad bin Issa Abu Issa al-Tirmizi al-Salami, Al-Jami' al-Sahih Sunan al-Tirmidhi, disunting oleh Ahmed Muhammad Shaker dan lain-lain, Dar Ihya' al-Turath al-Arabi, Beirut, Kitab Perkahwinan, Bab tentang seorang lelaki membeli seorang budak perempuan yang sedang hamil, Hadis No. 1131, 3, 437.

- Abdul Karim Zaidaan, Al-Mufassal fi Ahkaamul Mar'ata wa al-Bait al-Muslim fi Syariah Islamiah, Ibid, 9, 122-123.

- Surah Al-Baqarah ayat 228

- Surah At-Talak ayat 4

- Surah Al-Baqarah ayat 234

- Surah At-Talak ayat 4

- Abu Zakaria Muhyi al-Din Yahya bin Sharaf al-Nawawi (wafat 676 Hijrah), Rawdat al-Talibin dan Umdat al-Muftin, disunting oleh Zuhair al-Shawish, Pejabat Islam, Beirut-Damascus-Amman, edisi ketiga, 1412 Hijrah /1991 Masihi, 7, 117.

- Muhammad bin Abdullah Al-Kharshi Al-Maliki Abu Abdullah (wafat 1101 Hijrah), Sharh Mukhtasar Khalil oleh Al-Kharshi, Percetakan Dar Al-Fikr - Beirut, 3, 212

- Ahmed bin Abd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abdullah bin Abi al-Qasim bin Muhammad Ibn Taymiyyah al-Harrani al-Hanbali ad-Dimashqi, Taqiyuddin Abu al-Abbas (wafat 728 Hijrah), Al-Fatawa al-Kubra oleh Ibn Taymiyyah, edisi pertama, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1408 Hijrah - 1987 Masihi, Kitab al-Buyu', Kaedah Ke-lima berkenaan Sumpah dan Ikrar, Bab yang mewajibkan nazar apabila berlaku Pertikaian dan Kemarahan, 4, 154.

- Sulaiman bin al-Ash'as bin Ishak bin Bashir bin Syadad bin Amru al-Azdari al-Sajastani, dikenali sebagai Abu Daud (wafat 275 Hijrah), Sunan Abu Daud, disunting oleh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid, Perpustakaan Ashriyah, Shaida, Beirut, Kitab Talak, Bab Mereka yang masuk Islam dan mempunyai lebih dari empat orang isteri atau dua orang saudara perempuan, Hadis No. 2241, 2, 272.

- 'Alauddin Al-Kasani, Bada’i’ al-Sana’i’ fi Tertib al-Shara’i’, cetakan ke-2, Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut, 1982 Masihi, 2, 263.

- Abdullah bin Ahmed bin Qudamah Al-Maqdisi Abu Muhammad, Al-Mughni fi fiqh Imam Ahmed bin Hanbal As-Shaybani, cetakan pertama, Dar Al-Fikr, Beirut, 1405 Hijrah, 7, 67

- Muhammad Urfa Al-Dasouki, Haasyiyati Al-Dasouki 'ala Al-Sharh Al-Kabir, disunting oleh Muhammad Alyash, Dar Al-Fikr, Beirut, 2, 255.

- An-Nawawi, Rawdat at-Taalibin wa Umdatu al-Muftiin, cetakan ke-2, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, 1405 Hijrah, 7, 121.

- Surat An-Nisa ayat 23

- Muhammad bin Ismail Abu Abdullah Al-Bukhari Al-Ja'fi, Al-Jaami’ As-Sahih Al-Mukhtasar, disunting oleh Dr. Mustafa Deeb Al-Bugha, edisi ke-3, Dar Ibn Katheer, Al-Yamamah, Beirut, 1407 Hijrah - 1987 Masihi, Kitab Perkahwinan, Bab Menghimpunkan dua saudara perempuan kecuali apa yang telah berlalu, Hadis No. 4820, 5, 1965.

- Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam - Kuwait, Al-Mausua'ah al-Fiqqiyah al-Kuwaitiyah, edisi pertama, Percetakan Dar Al-Safwa, Mesir, dari 1404 Hijrah - 1427 Hijrah, 29, 306.




Copyright (c) 2024 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.