Pelaksanaan ICT dan Cabaran dari Aspek Kesediaan dalam Kalangan Guru Senior di Bilik Darjah

Rubathey a/p Muniyandi, Norliza Abdul Majid, Nurulhuda Md Hassan

Abstract


Era 21 adalah era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan ledakan maklumat dan dunia tanpa sempadan. Segala maklumat terkini di dunia dapat diperoleh dengan hanya menggunakan hujung jari. Perkembangan teknologi ini turut memberi impak kepada pendidikan. Guru sebagai agen perubahan perlu mengadaptasi dan melengkapkan diri dengan ilmu teknologi yang menuju ke arah digital. Guru senior yang terikat dengan kaedah pengajaran konvensional perlu memantapkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam ICT supaya boleh menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara digital. Malah, penggunaan ICT dalam PdP juga akan mempengaruhi martabat profesion perguruan serta keberkesanan pengajaran guru di bilik darjah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti cabaran dari aspek kesediaan dalam kalangan guru senior terhadap pelaksanaan ICT dalam proses PdP di bilik darjah. Seramai 10 orang guru senior telah dipilih sebagai responden kajian. Kaedah yang digunakan adalah pendekatan kualitatif iaitu satu kajian kes. Antara teknik yang digunakan adalah temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik untuk mendapatkan tema-tema yang bersesuaian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru senior seperti kekangan masa, kekurangan kemudahan dan masalah kesihatan. Didapati tahap kesediaan ICT dari aspek luaran seperti kursus, kemahiran, pengetahuan, kemudahan peralatan dan sokongan pentadbir berada pada tahap sederhana. Melalui analisis lanjutan pula menunjukkan tahap kesediaan secara dalaman seperti minat, keinginan dan keyakinan terhadap penggunaan ICT adalah positif. Faktor dominan yang menyumbang terhadap kegagalan pelaksanaan ICT dalam kalangan guru senior di bilik darjah adalah kekurangan infrastruktur, kurang kemahiran dan pengetahuan ICT serta kurang sokongan daripada pihak pentadbir. Implikasi kajian ini adalah agar pihak KPM dan pentadbir sekolah mengambil inisiatif menyediakan perkakasan teknologi yang lengkap di bilik darjah, memberi latihan ICT secara berkala bagi mengekalkan momentum dan sentiasa memberi galakkan dan motivasi.

Keywords


cabaran ICT; guru senior; kesediaan; pengajaran dan pembelajaran

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2024 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.