Kemiskinan Digital dan Kesan Kepada Hubungan Pekerjaan : Satu Kajian Kes di Kota Belud, Sabah.

Nur Firzana Rosman, Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof

Abstract


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha mengekang penularan virus covid-19, telah mempercepatkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan peniaga luar bandar. Pengaplikasian ICT ke atas perniagaan sebagai alternatif untuk memastikan pusingan modal dan penjanaan pendapatan berterusan telah menyebabkan peniaga luar bandar mengalami perubahan dalam landskap hubungan pekerjaan. Namun kajian lepas menunjukkan golongan ini berhadapan masalah untuk beradaptasi dengan ICT dan penurunan statistik penggunaan Internet dalam kalangan peniaga luar bandar jelas menggambarkan isu kemiskinan digital. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kemiskinan digital yang dihadapi oleh peniaga luar bandar dan kesan kemiskinan digital terhadap hubungan pekerjaan dalam kalangan peniaga luar bandar di kawasan Kota Belud, Sabah. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual sebanyak tiga orang informan dan mendapati, golongan ini sebenarnya berhadapan dengan masalah kemiskinan digital, walaupun ketiga-tiga informan tidak mengalami masalah untuk memiliki dan membeli telefon pintar serta rangkaian Internet, akan tetapi mereka masih menggunakan ICT secara pasif dan tidak memaksimumkan untuk di aplikasikan dalam perniagaan atas talian. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi masalah kemiskinan digital ini seperti kekurangan kemudahan infrastruktur, faktor tidak mampu beradaptasi dengan perubahan semasa dan faktor kekurangan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Justeru itu, ia telah memberi kesan kepada perubahan landskap hubungan pekerjaan terhadap golongan peniaga luar bandar. Kesedaran dan kepentingan dalam menggunakan ICT perlu ditekankan agar peniaga luar bandar dapat memanfaatkan teknologi sebagai suatu medium perniagaan baharu dalam era pandemik covid-19.

Keywords


Kemiskinan Digital; Hubungan Pekerjaan; Covid-19;Peniaga Luar Bandar; Perniagaan atas talian

Full Text:

PDF

References


Aleksandra Synowiec. (2021). Infrastructural and Social Aspects of ICT Dissemination in Rural Areas in Ukraine in Juxtaposition with Other Post-Transition Countries—State of Play and Prospects for Rural Development. Journal of Risk and Financial Management 14: 16.

Amanda Yeo. (2020, November 11). Resolving digital poverty in Sabah is the way forward. Focus Malaysia. Bahan diakses pada 9 Ogos 2021. Daripada https://focusmalaysia.my/featured/resolving-digital- poverty-in-sabah-is-the-way-forward/

Arendt, L. (2008). Barriers to ICT Adoption in SMEs: How to Bridge the Digital Divide? Journal of Systems and Information Technology, 10(2), 93–108.

Barrantes, R. (2007). Analysis of ICT Demand: What Is Digital Poverty and How to Measure It? Digital Poverty: Latin American and Caribbean Perspectives Edited, 29–53

Entrepreneurship - Trends and Challenges. Published.

Halina Sendera Mohd Yakin, Odetta Yahcob dan Junaidah Januin. (2021). Fungsi Dan Implikasi

Pusat Internet Terhadap Masyarakat Luar Bandar Di Sabah Dalam Era Pandemik Covid-19.

Harifah Binti Mohd Noor, Jurry Foo @ Jurry Bt F. Michael , Ubong Imang, Marja Azlima Omar, Jabil MapJabil, Adilah Md Ramli dan Rima Abdul Rahman. (2021). Kesediaan Norma Baharu Perniagaan Pengusaha Makanan Pks Di Sabah - Satu Penelitian Awal Prosiding. Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19. Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah.

Jabatan Perangkaan Malaysia. Laporan Survei Penggunaan Dan Capaian ICT Oleh Individu Da Nisi Rumah, Malaysia, 2020. (2020). https://www.dosm.gov.my/v1/?r=column/cthemeByCat&cat=395&bul_id=OWUvVnV5SHI2 WFU2VFhnQ2ZjTm1Bdz09&menu_id=amVoWU54UTl0a21NWmdhMjFMMWcyZz09

Lekhanya, L. M. (2018). The Digitalisation of Rural Entrepreneurship. MANU Bil. 32 (1), 51-68.

Mathivannan Jaganathan, Shuhymee Ahmad, Khairol Anuar Ishak, Siti Noratisah Mohd Nafi, dan Logeswari Uthamaputhran. (2018). Determinants For ICT Adoption And Problems: EvidenceFrom Rural Based Small And Medium Enterprises In Malaysia. International Journal Of Entrepreneurship Volume 22, Issue 4, 2, 1-13.

Mohd Tamizi Mazlan. (2021). Challenge E-Commerce to the Logistics Courier Services Provider during MCO in Malaysia. Journal of Business and Management, Vol 23(02), pp. 59-62.

Norizan Razak dan Zaharah Hassan. (2010) Developing Women e-Entrepreneurs: A Malacca Case Study. Persidangan Rural ICT Development 3rd National Conference on Rural ICT Development: Empowering Rural Communities Through Broadband Initiatives, 23/25 November 2010, Sintok. Kedah: Malaysia.

Nur Firzana Rosman, Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof, Jalihah Md Shah, Jurry Foo dan Ramlah Daud. (2021). Kemiskinan Digital Dalam Kalangan Peniaga Di Kawasan Luar Bandar. Dlm. Nor Shela Saleh et al., Inovasi Sosial Pemangkin Pembangunan Lestari, Batu Pahat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Nur Firzana Rosman , Kee Y Sabariah Binti Kee Mohd Yussof, Jalihah MD Shah, Jurry Foo @ Jurry Bt. F Michael, Mahadirin Ahmad dan Ramlah Daud. (2021). Kemiskinan Digital, Isu Dan Cabaran : Suatu Penelitian Awal. Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19. Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah.

Nur Firzana Rosman dan Kee Y Sabariah Binti Kee Mohd Yussof. (2021). Ciri-Ciri Dan Faktor Kemiskinan Digital Yang Di Hadapi Peniaga Luar Bandar Di Kawasan Sipitang. Msc12 e- proceeding : The 12th International Malaysian Studies Conference. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlah Daud dan Nurshyafinaz Jagy. (2021). Cabaran Perniagaan Atas Talian Terhadap Peniaga Kecil Di Daerah Kudat Sabah: Satu Kajian Kes. Dlm. Nor Shela Saleh et al., Inovasi Sosial Pemangkin Pembangunan Lestari, Batu Pahat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Shu-Chin Huang dan John Cox. (2014). Establishing a social entrepreneurial system to bridge the digital divide for the poor: a case study for Taiwan. Universal Access in the Information Society. 15.

SME Corporation Malaysia. Prospek PKS pada Tahun 2020. (2020). https://www.smecorp.gov.my/images/pdf/2021/LTPKS/BM/Laporan%20Ekonomi/3.%20Pres tasi%20&%20Prospek%20Ekonomi%202019_20%20-%20Bab%203.pdf

Social Research Methods by Alan Bryman (19-Jan-2012) Paperback. (2021). OUP Oxford; 4 edition (19 Jan. 2012)

Syamimi Afiqah Shahlal, Nurul Nazihah dan Awang Kechek, Khairunesa Isa. (2021). Komuniti Fasih Digital. Dlm. Nor Shela Saleh et al., Inovasi Sosial Pemangkin Pembangunan Lestari, Batu Pahat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Watson Manduna. (2016). Empirical Study of Digital Poverty: A Case Study of a University of Technology in South Africa. Jurnal Communication, 7(2), 317-323.




Copyright (c) 2024 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.